PASARAN saham tempatan mengalami tekanan jualan bagi minggu ketiga berturut-turut minggu lalu susulan meningkatnya kebimbangan terhadap kegagalan membayar balik hutang beberapa negara Eropah, sekali gus mengheret indeks penanda aras ke paras terendah dalam tempoh empat bulan, sebelum pembeli kembali menaikkan harga selepas wujudnya petunjuk negara Kesatuan Eropah (EU) lain kemungkinan menyelamatkan Greece dan mengawal defisit perbelanjaannya yang besar.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 5.49 mata atau 0.44 peratus untuk ditutup pada 1,253.39 minggu lalu, disumbangkan oleh kenaikan IOI Corp sebanyak 12 sen, AMMB (16 sen), Axiata (lapan sen), Maybank dan Tenaga masing-masing sembilan sen.
Jumlah dagangan purata harian susut kepada 673 juta saham bernilai RM1.11 bilion, berbanding 883.2 juta saham bernilai RM1.25 bilion minggu sebelumnya.
Pasaran global yang terjejas disebabkan kebimbangan terhadap krisis hutang Greece, pengurangan kecairan di China serta strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam menamatkan langkah rangsangan ekonomi, pulih sedikit pada akhir minggu.
Faktor utama bagi kenaikan itu adalah penegasan dibuat pemimpin EU bagi menyelamatkan Greece, selain kadar inflasi di China dan jangkaan pengangguran yang rendah di AS.
Kadar inflasi yang rendah di China memberikan petunjuk bahawa kerajaan negara itu tidak akan secara agresif mengetatkan kecairan di celah-celah pemulihan permintaan dari AS, EU dan Jepun.
Di sebalik ketidaktentuan pasaran semasa, perlu diakui keadaan ekonomi global telah menjadi semakin baik dan kebimbangan ketika ini lebih menjurus kepada kesan langkah pencegahan bagi melindungi ekonomi dan tekanan inflasi pada masa depan.
Bagi pasaran tempatan, tiada angka tunjuk ekonomi utama yang akan diumumkan minggu ini, melainkan perangkaan rizab antarabangsa pada Jumaat ini.
Meskipun demikian, jika tidak adanya faktor yang boleh menjejaskan pasaran dan peningkatan aktiviti yang selalunya berlaku selepas Tahun Baru Cina, pelabur dijangka memacu indeks penanda aras dalam tempoh tujuh hari perdagangan menjelang akhir bulan ini.
Pada asasnya, pendapatan korporat yang baik bagi tempoh Oktober hingga Disember, yang mana semua pengumuman akan dibuat menjelang akhir bulan ini, akan menyokong pengembangan indeks dan petunjuk teknikal.
Petunjuk momentum teknikal KLCI meningkat secara ketara susulan kejatuhan minggu lalu dan memantul semula daripada paras terlebih jualan, disokong petunjuk belian stochastics yang perlahan, menunjukkan sentimen lebih positif minggu ini ekoran penyertaan semula pelabur dalam pasaran setelah cuti panjang Tahun Baru Cina.
Bulan Februari biasanya berakhir dengan positif yang mana 14 daripada bulan berkenaan menyaksikan penutupan yang meningkat dalam tempoh 20 tahun lalu, dengan kenaikan purata indeks sebanyak 3.8 peratus.
Pemulihan pasaran saham global akan melonjakkan sentimen tempatan, dengan pelabur akan menjejaki prestasi pasaran saham di Hong Kong dan China.
Bagi KLCI, kemampuan untuk melepasi paras 1,249 mata akan menjadikan paras halangan baru pada 1,256, 1,260 dan 1,273 mata.
Saham perbankan CIMB, Maybank dan Public Bank masih menjadi pilihan selepas kegiatan pengambilan untung baru-baru ini yang mana ia akan menggalakkan lebih banyak pembelian.
Kaunter perladangan, IOI Corp dan Sime Darby juga menjanjikan potensi baik pada paras harga semasa.
February 17, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com