February 11, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 10 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, berikutan aktiviti mengambil untung selepas penjualan, kata peniaga.

Minat pada saham indeks utama membantu meningkatkan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 12.31 mata atau 0.998 peratus kepada 1,246.17.Indeks penanda aras itu bergerak di antara paras 1240.12 dan 1247.91 sepanjang hari didahului dengan kaunter kewangan.

Peniaga berkata pelabur mengambil kesempatan daripada kerugian selama empat hari berturut-turut untuk membeli saham dengan harga rendah.

Indeks Kewangan meningkat 128.97 mata kepada 10,869.67, Indeks Perusahaan bertambah 10.75 mata kepada 2,576.62 dan Indeks Perladangan 55.63 mata kepada 6,173.13.

Indeks FBM Emas meningkat 74.29 mata kepada 8,377.61, Indeks FBM70 naik 75.47 mata kepada 8,206.2 dan Indeks FBM Ace meningkat 38.33 mata kepada 4,320.28.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 389 berbanding 254 sementara 241 kaunter tidak berubah, 440 tidak didagangkan dan 25 yang lain digantung. Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada 615.42 juta saham bernilai RM1.16 bilion daripada 773.396 juta saham bernilai RM1.516 bilion semalam.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat tujuh sen kepada RM8.39, Maybank naik 12 sen kepada RM6.84 dan CIMB meningkat 14 sen kepada RM12.36, sementara Maxis susut dua sen kepada RM5.37 dan Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM7.99.

Di kalangan saham aktif, KNM Group tidak berubah pada 80.5 sen, Axiata Group naik enam sen kepada RM3.34 sen, Sanichi Technology susut 11.5 sen dan Mulpha International naik 3.5 sen kepada 48.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 522.434 juta saham bernilai RM1.142 bilion daripada 666.827 juta saham bernilai RM1.493 bilion semalam.

Perolehan dagangan pasaran Ace susut kepada 48.462 juta unit bernilai RM8.825 juta daripada 55.353 juta unit bernilai RM11.209 juta sebelumnya.Waran menyusut kepada 24.094 juta unit bernilai RM4.2 juta daripada 36.102 juta unit bernilai RM6.861 juta sebelumnya.

Barangan pengguna mewakili 31.333 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 144.075 juta, pembinaan 32.119 juta, dagangan dan perkhidmatan 151.407 juta, teknologi 31.436 juta, prasarana 7.992 juta, kewangan 49.534 juta, perhotelan 8.267 juta, harta 43.736 juta, perladangan 19.917 juta, perlombongan 46,000, REIT 2.533 juta, dan dana tertutup 39,300.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers