February 11, 2010

CIMB yakin tarik RM3 bilion

CIMB Group yakin kempen deposit terbarunya, ‘Go for Gold’ yang berlangsung dari 1 Februari hingga 31 Mei ini mampu menarik deposit sebanyak RM3 bilion.

Ketua Perbankan Runcitnya, Peter England, berkata ia sekali gus membantu bank itu mencapai sasaran meningkatkan jumlah deposit perbankan runcitnya bagi tahun ini kepada RM42 bilion daripada RM35 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

“Tahun ini, kami menyasarkan pertumbuhan sebanyak RM8 bilion (dalam segmen deposit perbankan runcit) yang mana RM3 bilion dijangka mampu diraih hanya daripada kempen ‘Go for Gold’.




“Ditambah dengan beberapa lagi kempen deposit serta produk baru yang bakal dilancarkan dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan sepanjang tahun ini, kami yakin ia dapat meningkatkan lagi jumlah deposit sebanyak RM5 bilion lagi, seterusnya mencapai sasaran nilai deposit keseluruhan dalam CIMB Group sebanyak RM42 bilion tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran kempen deposit pertama CIMB Group bagi tahun ini itu yang disempurnakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengedaran dan Jualan Pengguna CIMB Bank, Sulaiman Mohd Tahir, di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Muzaffar Hisham.

Kempen ‘Go For Gold’ yang dibuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank itu menawarkan peluang memenangi sebahagian daripada jongkong emas yang bernilai RM60,000.

Antara tarikan utama kempen itu adalah pemenang utama akan memenangi satu kilogram jongkong emas 999.0 karat, manakala 10 pelanggan bertuah pula akan memenangi pakej percutian untuk dua orang ke Gold Coast, Australia bernilai RM15,000 setiap satu.

Turut ditawarkan ialah 10 baucar bernilai RM5,000 setiap satu yang boleh digunakan untuk menebus jongkong emas, selain beberapa lagi hadiah bulanan termasuk 50 baucar bernilai RM1,000 setiap satu.

Untuk menyertai kempen itu, England berkata, pelanggan hanya perlu membuka akaun baru atau mendeposit RM1,000 dalam akaun sedia ada untuk mendapat satu penyertaan.

“Menerusi kempen ini, ia bukan saja menawarkan peluang keemasan untuk pelanggan mengetahui semua produk inovatif yang ditawarkan CIMB Bank dan CIMB Islamic, bahkan dalam masa sama mereka berpeluang memenangi banyak hadiah menarik,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers