February 8, 2010

Harga-harga dijangka lebih tinggi

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka lebih tinggi minggu depan berikutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjadi pemangkin kepada pasaran, kata peniaga.

Bagaimanapun, sentimen berhati-hati akan berterusan dengan minat terhad kepada saham yang lebih murah, kata Ketua OSK Research, Chris Eng.

Penganalisa berkata, keraguan mengenai pemulihan ekonomi akan terus menghantui pelabur berikutan beberapa data ekonomi global yang membimbangkan.

Mereka berkata, data pengangguran yang kian meningkat di Amerika Syarikat dan peningkatan masalah hutang kerajaan di Eropah menyebabkan pelabur menjauhi pelaburan yang berisiko.

"Bagi Malaysia, sentimen juga harus berhati-hati terutama di tengah-tengah perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, perkembangan politik harus diberi perhatian," kata seorang penganalisa dari sebuah syarikat saham tempatan.

Pada minggu baru berakhir, saham-saham Bursa memulakan minggu dengan catatan tinggi apabila keuntungan pada Wall Street dan berita ekonomi yang positif di AS membantu meningkatkan sentimen pasaran.

Bagaimanapun, harga saham menyusut pada Khamis selepas keuntungan dua hari apabila kelemahan pada Wall Street dan bursa serantau menjatuhkan sentimen.

Kebimbangan global mengenai kemungkinan pemulihan ekonomi akan terjejas berikutan penjualan runcit Australia yang menguncup tanpa dijangka dan angka pengangguran yang tinggi di New Zealand juga menggoncang pasaran.

Pada Jumaat, harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri minggu lebih rendah dengan penanda aras penting menyusut ke tahap paling rendah semenjak Nov 4 tahun lepas, akibat kerugian pada saham berwajaran tinggi dengan sentimen yang dipengaruhi kerugian pada Wall Street dan bursa serantau.

Bagi minggu baru berakhir, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur( FBM KLCI) susut 11.2 mata kepada 1,247.9 daripada 1,259.16 Jumaat lepas.

Minggu ini, Indeks Kewangan susut 136.06 mata kepada 10,942.73 daripada 11,078.79 Jumaat lepas.

Indeks Perladangan jatuh 39.08 mata kepada 6,149.05 daripada 6,188.13 Jumaat lepas sementara Indeks Perusahaan susut 10.36 mata kepada 2,575.68 berbanding 2,586.04 Jumaat lepas.

Indeks FBM Emas menyusut 78.47 mata kepada 8,405.53 daripada 8,484 Jumaat lepas.

FBM Top 100 merosot 76.01 mata kepada 8,173.31 daripada 8,249.32 Jumaat lepas sementara Indeks FBM ACE susut 67.2 mata kepada 4,314.63 daripada 4,381.83 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot 3.332 bilion saham bernilai RM4.99 bilion daripada 5.23 bilion saham bernilai RM7.66 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 2.781 bilion saham bernilai RM4.896 bilion daripada 4.14 bilion saham bernilai RM7.5 bilion Jumaat lepas.

Jumlah waran menyusut kepada 137.595 juta unit bernilai RM22.408 juta daripada 193.12 juta unit bernilai RM37.04 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 336.747 juta saham bernilai RM49.165 juta daripada 558.8 juta saham bernilai RM93.18 juta minggu lepas. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers