CELCOM Axiata Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Bhd, akan membelanjakan kira-kira RM1 bilion tahun ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebarnya sebagai langkah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri itu di negara ini.
Ketua Pegawai Korporatnya, Mohamed Adlan Ahmad Tajudin, berkata ia termasuk menaik taraf rangkaian jalur lebar bagi memastikan pelanggan menikmati liputan lebih luas dan pantas.
Katanya, ia sejajar sasaran kerajaan pada pembentangan Bajet 2010 yang mahu kadar penembusan jalur lebar ditingkatkan kepada 50 peratus tahun ini.
Beliau berkata, menerusi perbelanjaan itu ditambah pula sokongan kerajaan, pihaknya menyasarkan untuk menambah pelanggan jalur lebar sehingga sekali ganda berbanding kira-kira 500,000 pelanggan sekarang.
“Kami secara berterusan memperuntukkan perbelanjaan besar untuk menaik taraf rangkaian jalur lebar khusus untuk menjaga kepentingan pelanggan dan tahun ini kami membelanjakan kira-kira RM1 bilion.
“Ia adalah jumlah yang besar. Kami bersedia untuk pelaburan itu kerana sebagai peneraju pasaran jalur lebar, kami perlu terus berusaha mengekalkan kedudukan itu.
“Fokus kami tahun ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohamed Adlan berkata, kualiti perkhidmatan adalah keutamaan syarikat itu dan pihaknya tidak merancang untuk memperkenalkan produk jalur lebar baru tahun ini selain dua format sedia ada.
Beliau berkata, ia berikutan produk sedia ada masih mendapat permintaan tinggi pengguna dan mampu digandakan menerusi usaha meningkatkan kepantasan sambungan serta liputan lebih luas.
Beliau turut yakin mampu memenuhi sasaran ditetapkan kerajaan dari segi kadar penembusan jalur lebar akhir tahun ini.
Katanya, ia berdasarkan kedudukannya yang sudah mencapai antara 33 hingga 34 peratus dan hanya memerlukan kira-kira 17 peratus lagi bagi seluruh tahun ini untuk mencapai sasaran berkenaan.
“Segmen mudah alih adalah penyumbang utama kepada usaha mempertingkatkan kadar penembusan itu. Berdasarkan kepada peningkatan permintaan, strategi pengembangan rangkaian dan tahap kesedaran pada kepentingan perkhidmatan ini, saya yakin ia akan membantu mencapai sasaran itu,” katanya.
February 2, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com