February 22, 2010

Bursa dijangka catat kenaikan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Peniaga pasaran saham menjangkakan kenaikan selepas Tahun Baru Cina di Bursa Malaysia minggu depan apabila pelabur-pelabur kembali semula ke dalam pasaran selepas bercuti panjang.

Bagaimanapun, mereka juga menyedari pelabur-pelabur masih berhati-hati dengan krisis hutang Eropah yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi global dan langkah Rizab Persekutuan yang menaikkan kadar diskaun.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia naik 4.28 mata kepada 1,257.67 daripada 1,253.39 sebelumnya.

"Indeks itu dijangka terus meningkat bagi membetulkan situasi terlebih jual dalam tempoh terdekat ini. Kami menjangkakan 1,280 hingga 1,300 sebagai had bagi kenaikan sekarang," kata MIMB Investment Bank dalam nota penyelidikannya.

Sementara itu Prudential Fund Management dalam laporan penyelidikannya berkata, kebimbangan terhadap risiko mungkir dan langkah agresif bank-bank pusat mengetatkan dasar menjejaskan sentimen pasaran dalam tempoh beberapa minggu ini.

"Sehingga gambaran jelas muncul di masa depan, nampaknya keadaan mudah ruap kekal dalam pasaran ekuiti," kata Prudential.

Bagi asas mingguan, Indeks Kewangan meningkat 55.9 mata kepada 11,001.94, Indeks Perladangan naik 72.61 mata kepada 6,277.11 manakala Indeks Perusahaan menokok 12.94 mata kepada 2,601.01.

Indeks FBM Emas meningkat 17.54 mata kepada 8,453.87, FBM Top 100 naik 18.79 mata kepada 8,229.02 manakala Indeks FBM ACE susut 1.69 mata kepada 4,327.28.

Minggu yang baru berakhir ini juga menyaksikan Homeritz memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama dengan premium 3.5 sen mengatasi harga tawaran 65 sen.

Pengeluar perabot rumah dari Johor itu ditutup pada 65.5 sen dengan 726,704 lot bertukar tangan.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 1.767 bilion saham bernilai RM3.175 bilion daripada 3.365 bilion saham bernilai RM5.685 bilion sebelumnya apabila bursa itu ditutup pada Isnin dan Selasa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.475 bilion saham bernilai RM3.103 bilion daripada 2.875 bilion saham bernilai RM5.579 bilion.

Waran turun kepada 94.302 juta unit bernilai RM13.626 juta daripada 153.079 juta unit bernilai RM26.959 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 178.72 juta saham bernilai RM46.585 juta daripada 226.190 juta saham bernilai RM48.175 juta. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers