EKONOMI FBM KLCI meningkat 4.28 mata
Oleh Kaladher Govindan
SAHAM di Bursa Malaysia meningkat minggu lalu apabila pelabur kembali memasuki pasaran setelah berakhir cuti Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun, momentum belian yang lemah dan aktiviti pengambilan untung berikutan kelemahan pasaran Asia telah mengehadkan kenaikan.
Penanda aras utama, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) pada minggu lalu menokok 4.28 mata atau 0.34 peratus untuk ditutup pada 1,257.67 mata didorong oleh kenaikan saham Sime Darby (+12 sen), CIMB (+14 sen) dan IOI Corp (+9 sen).
Jumlah purata dagangan harian, bagaimanapun susut kepada 589 juta saham sehari bernilai RM1.06 bilion, berbanding 673 juta saham RM1.11 bilion yang dicatat pada minggu sebelumnya.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan keyakinan menjelang akhir minggu lalu susulan pengumuman kadar inflasi lebih rendah berbanding jangkaan, keuntungan korporat yang positif bagi 75 peratus daripada syarikat tersenarai di Bursa New York dan aktiviti perkilangan serta pengembangan perniagaan berterusan.
Ia sekali gus mengetepikan kebimbangan mengenai kesan kenaikan kadar diskaun Rizab Persekutuan sebanyak 0.25 peratus.
Adalah penting untuk diketahui perbezaan antara kadar diskaun dan kadar dana persekutuan, yang mana kadar diskaun adalah kadar faedah bagi bank ketika meminjam daripada Rizab Persekutuan, manakala kadar faedah pinjaman semalam antara bank.
Penganalisis yang optimis akan berpendapat peningkatan kadar diskaun adalah positif kerana ia memberi petanda bahawa kecairan bank kembali normal dan ia meningkatkan keyakinan bank meminjam sesama sendiri.
Kenaikan itu tidak akan menyebabkan peningkatan kadar dana yang berkait langsung dengan kadar faedah pinjaman bank yang dikenakan kepada pengguna dalam jangka terdekat.
Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Bernanke, dijangka menyatakan pendapat sama ketika membentang laporan ekonomi dan kadar faedah AS bagi tempoh enam bulan kepada panel Senat pada Rabu dan Khamis ini.
Sebarang berita positif di peringkat antarabangsa akan memberi kesan baik kepada pasaran tempatan, yang mana akan menyaksikan peningkatan jumlah dagangan dengan pertambahan penyertaan pelabur selepas musim cuti perayaan.
Bagaimanapun, pasaran tempatan dijangka terjejas dalam jangka pendek jika Bank Negara Malaysia memilih menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Monetari pada 4 Mac ini, setelah beberapa kali menyatakan bahawa OPR semasa adalah pada paras rendah untuk tempoh yang terlalu lama dan bercadang untuk menaikkannya ke paras normal.
Oleh demikian, pengumuman Indeks Harga Pengguna (CPI) Rabu ini tidak akan memberi kesan walaupun sebahagian besar penganalisis menjangka ia kekal rendah pada kadar 1.5 peratus.
Kadar inflasi rendah boleh menceriakan pasaran untuk seketika namun kebimbangan kenaikan kadar faedah akan muncul, lebih-lebih lagi jika kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2009 yang diumumkan pada tarikh sama adalah lebih tinggi berbanding jangkaan iaitu pada kadar 2.9 peratus.
Minat pelabur terhadap saham syarikat produk sarung tangan getah akan kembali meningkat pada minggu ini selepas Supermax melaporkan keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan 2009 meningkat tiga kali ganda kepada RM129.8 juta berbanding tahun sebelumnya.
Keuntungan itu didorong peningkatan permintaan global, kadar pengeluaran yang lebih tinggi dan kuasa penetapan harga yang lebih baik.
Dari segi teknikal, aliran meningkat FBM KLCI dijangka terhenti seketika untuk menjalani fasa pengukuhan.
Bagaimanapun, peningkatan momentum belian selepas cuti Tahun Baru Cina adalah penting bagi memastikan aliran meningkatkan selanjutnya berlaku selepas fasa pengukuhan semasa.
Pasar halangan semasa bagi FBM KLCI adalah 1,266 dan 1,276 mata, manakala paras sokongan pula adalah pada 1,249 dan 1,240 mata.
Pelabur disarankan mengumpul saham perbankan seperti AFG, CIMB, Maybank dan Public Bank yang berpotensi meningkat dalam jangka sederhana dan pada masa sama, saham syarikat sarung tangan getah seperti Adventa, IRCB, Latexx dan Supermax dijangka akan terus menarik minat pelabur.
Keuntungan itu juga meningkatkan pemerolehan sesaham (EPS) Supermax sebanyak 24 peratus kepada 62 sen sesaham dan syarikat itu mengumumkan dividen khas dan akhir yang dikecualikan cukai masing-masing sebanyak 9.0 peratus dan 8.0 peratus.
Keadaan itu menarik minat pelabur untuk saham kumpulan itu kerana dari segi penilaian ia adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga saham pesaing terdekatnya, Top Glove.
Saham Proton Holdings Bhd juga dijangka mendapat perhatian pelabur setelah melaporkan keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan yang 94 peratus lebih tinggi berbanding jangkaan sebahagian besar penganalisis.
Spekulasi pengumuman pakatan strategik Proton dengan syarikat automotif Eropah sedikit masa lagi juga dijangka mampu meningkatkan minat pelabur.
Sementara itu, keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) EON Capital Bhd minggu ini juga akan mendapat perhatian pelabur. Sebilangan pemegang saham utama syarikat itu yakin bahawa mereka akan mendapat kelulusan pemegang saham lain untuk melantik lapan pengarah baru kumpulan itu.
Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kandungan rancangan strategik Hong Leong Bank bagi tahun kewangan barunya turut mengambil kira kemasukan EON Capital. Dari segi teknikal, aliran meningkat FBM KLCI dijangka terhenti seketika untuk menjalani fasa pengukuhan.
Bagaimanapun, peningkatan momentum belian selepas cuti Tahun Baru Cina adalah penting bagi memastikan aliran meningkatkan selanjutnya berlaku selepas fasa pengukuhan semasa.
Pasar halangan semasa bagi FBM KLCI adalah 1,266 dan 1,276 mata, manakala paras sokongan pula adalah pada 1,249 dan 1,240 mata.
Pelabur disarankan mengumpul saham perbankan seperti AFG, CIMB, Maybank dan Public Bank yang berpotensi meningkat dalam jangka sederhana dan pada masa sama, saham syarikat sarung tangan getah seperti Adventa, IRCB, Latexx dan Supermax dijangka akan terus menarik minat pelabur.
February 22, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com