February 4, 2010

Dagangan Bursa kukuh seiring pasaran serantau

KUALA LUMPUR 3 Feb - Harga-harga saham ditutup tinggi hari ini dengan pasaran tempatan mengambil petunjuk daripada keuntungan di pasaran-pasaran serantau, kata para peniaga.Pasaran melorot turun sedikit pada sesi pagi tetapi berjaya menampung semula sebahagian kerugian pada sesi tengah hari, kata mereka.

Bagaimanapun, minat tertumpu terutamanya kepada saham berharga rendah, kata para peniaga.Pada penutup, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 3.39 mata kepada 1,267.15.

Indeks Kewangan mengukuh 12.88 mata kepada 11,152.92, Indeks Perusahaan menokok 18.10 mata kepada 2,606.09 dan Indeks Perladangan meningkat 12.76 mata kepada 6,216.5.Indeks FBM Emas lebih tinggi 34.23 mata kepada 8,542.99 dan Indeks FBM70 mengukuh 35.93 mata kepada 8,385.33.Indeks FBM Ace pula 46.97 mata lebih tinggi kepada 4,387.61 mata.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 459 berbalas 222 sementara 247 kaunter kekal, 398 tidak diniagakan dan 24 digantung.

Jumlah dagangan lebih rendah kepada 865.278 juta saham bernilai RM1.131 bilion berbanding 928.06 juta saham bernilai RM1.345 bilion semalam.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby kehilangan satu sen kepada RM8.47, Maybank naik 10 sen kepada RM6.90, CIMB Group susut dua sen kepada RM12.74 dan Maxis merosot satu sen kepada RM5.38.

Untuk saham-saham aktif, Meda Inc Bhd lebih rendah setengah sen kepada 11 sen, Asian Pac Holdings menokok setengah sen kepada 10 sen, MEMS Technology menambah 1.5 sen kepada enam sen dan Talam kekal pada 12.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 725.688 juta saham bernilai RM1.109 bilion daripada 762.784 juta saham bernilai RM1.319 bilion sebelumnya.Jumlah dagangan di Pasaran Ace turun kepada 102.9 juta saham bernilai RM13.365 juta daripada 105 juta saham bernilai RM13.847 juta semalam.

Waran pula berkembang kepada 32.010 juta unit bernilai RM5.773 juta daripada 28.210 juta unit bernilai RM4.983 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 43.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 229.435 juta, pembinaan 105.077 juta, urus niaga dan perkhidmatan 307.795 juta, teknologi 22.562 juta, infrastruktur 16.792 juta, kewangan 240.9 juta, perhotelan 187,721, hartanah 59.38 juta, perladangan 82.3 juta, perlombongan 7,350, REITs 1.44 juta dan dana tertutup 123,563.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers