February 19, 2010

Harga saham ditutup lebih rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih rendah semalam apabila pelabur mengambil untung di kaunter berwajaran tinggi berikutan kenaikan harga minyak mentah.

Pada akhir sesi dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 0.07 mata kepada 1,259.0, diseret turun oleh kejatuhan yang diterajui Genting.

Bagaimanapun, kenaikan saham Tenaga berupaya mengehadkan sebahagian daripada kejatuhan itu, kata peniaga.



FBM KLCI, dibuka 2.39 mata lebih tinggi pada 1,261.46 bergerak di antara 1,258.25 dengan 1,262.2 sepanjang sesi dagangan.

Indeks Kewangan mengukuh 8.47 mata kepada 11,004.71, Indeks Perusahaan menambah 0.94 mata kepada 2,604.23 dan Indeks Perladangan meningkat 2.64 mata kepada 6,280.06.

Indeks FBM Emas turun 6.03 mata kepada 8,480.1 dan Indeks FBM70 merosot 10.351 mata kepada 8,331.35 manakala Indeks FBM Ace naik 7.99 mata kepada 4,378.4.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 410 berbanding 232 manakala 238 kaunter tidak berubah, 473 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 598.452 juta saham bernilai RM998.257 juta berbanding 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion kelmarin.

Dalam nota penyelidikannya, MIMB Investment Bank berkata FBM KLCI mengalami lantunan pembetulan dalam jangka pendek.

“Bagaimanapun, ia berkemungkinan berdepan jualan besar-besaran dalam jangka sederhana, jika paras halangan psikologi 1,300 tidak dilepasi,” katanya.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 488.791 juta unit bernilai RM971.34 juta daripada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta, kelmarin.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 75.383 juta saham bernilai RM20.283 juta daripada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta sebelumnya.

Waran juga bertambah kepada 30.3 juta saham bernilai RM4.077 juta daripada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta pada Rabu lalu.

Antara saham cergas, MAS-Ord Rights susut dua sen kepada 12 sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights turun sesen kepada tujuh sen dan KNM Group setengah sen lebih rendah pada 81 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby susut satu sen kepada RM8.49, Maybank kekal pada RM6.89, CIMB Group menokok empat sen kepada RM12.60, Tenaga naik 13 sen kepada RM7.98 manakala Genting jatuh 15 sen kepada RM6.54.

Barangan pengguna menguasai 31.514 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 111.152 juta, pembinaan 23.148 juta, perdagangan dan perkhidmatan 191.419 juta, teknologi 27.669 juta, prasarana 7.345 juta, kewangan 39.965 juta, hotel 7.466 juta, harta 32.244 juta, perladangan 16.24 juta, perlombongan tiada, REIT 610,800 dan dana tertutup 18,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers