LUMPUR 24 Feb. - Kumpulan Axiata Bhd. melepasi semua sasaran yang ditetapkan dengan mencatatkan aliran tunai yang positif untuk pertama kali menerusi peningkatan keuntungan sebanyak tiga kali ganda kepada RM1.65 bilion pada tahun lalu.
Tiga daripada syarikatnya, membabitkan Celcom Axiata Bhd., PT XL Axiata Tbk. (XL) di Indonesia dan Axiata (Bangladesh) Ltd. (AxB), mencatatkan prestasi terbaik bagi membolehkan keputusan kewangan tersebut dicapai.
Celcom mencatatkan pertumbuhan pelanggan sebanyak 124 peratus berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, XL pula mengatasi pesaingnya dengan mencatatkan pretasi kewangan tahunan terbaik dengan keuntungan selepas cukai berjumlah Rp1.7 trilion (RM621.4 juta) manakala AxB mencatatkan pemulihan perniagaan menerusi keuntungan pada tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim yang menyifatkan keputusan itu sebagai 'cerita dongeng dengan kesudahan yang gembira' berkata, semua asas telah dibina pada tahun lalu untuk masa depan dan tahun ini merupakan masa untuk mengukuhkan kedudukan.
''Seperti kebanyakan cerita dongeng lain kami mahukan ia (prestasi kewangan yang baik) berterusan selama-lamanya. Oleh itu, kami perlu bergerak ke hadapan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian pada taklimat media keputusan kewangan Kumpulan Axiata bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.
Bagaimanapun, Dialog yang beroperasi di Sri Lanka masih menghadapi beberapa saingan luaran dengan perolehannya mengalami penurunan kecil sebanyak satu peratus tahun ke tahun manakala Idea di India pula mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 26 peratus.
Bagi tahun kewangan 2009, Celcom menyumbang 48 peratus kepada perolehan Axiata, diikuti XL (34 peratus), Dialog (sembilan peratus) dan AxB (lapan peratus).
Menurut Jamaludin, bagi bergerak ke hadapan, Axiata memperuntukan antara RM4 bilion hingga RM4.5 bilion bagi modal kerja pada tahun ini.
Tambah beliau, sebahagian daripada modal kerja itu akan digunakan untuk pengembangan perniagaan XL di kawasan luar bandar selain memberi tumpuan membangunkan infrastruktur jalur lebar bergerak untuk XL dan Dialog.
Ditanya, tentang rancangan Axiata, Jamaludin berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan jalur lebar.
''Kami akan mempelajari daripada Celcom dan pindahkannya kepada negara lain,'' jelas beliau.
Tambahnya, Axiata juga akan mewujudkan model perniagaan baru dengan kos yang lebih rendah dan diterapkan di lima negara kumpulan itu beroperasi.
Ditanya tentang sumber pendapatan utama pada tahun ini, Jamaludin berkata, secara umum ia akan dijana oleh Celcom dan XL dan operasi di Bangladesh dan Sri Lanka dijangka mencatatkan peningkatan sumbangan menerusi pertumbuhan yang lebih baik.
''Daripada perspektif lain, kami melihat kepada pertumbuhan pelanggan, jalur lebar bergerak dan perkhidmatan bukan suara,'' ujar beliau.
February 25, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com