January 7, 2010

Indeks lepasi paras tertinggi baru

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut semalam, walaupun ada sedikit kegiatan mengambil untung.

Peniaga berkata, aliran meningkat di pasaran utama serantau serta prospek cerah bagi ekonomi global merangsang minat belian yang tinggi dalam pasaran tempatan.



Belian dana berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sesi dagangan petang, mendorong peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kepada 1,296.44 pada jam 3.55 petang, melepasi paras tertinggi baru dalam tempoh 20 bulan, iaitu 1,290.55, kelmarin.

Pada penutup, indeks pengukur pasaran itu berada pada 1,293.17, 4.93 mata atau 0.38 peratus lebih tinggi berbanding paras penutupan semalam. Ia dibuka 0.62 mata lebih tinggi pada 1,288.86.

Pasaran utama Asia mengukuh pada hari dagangan ketiga dalam tahun baharu ini dengan Indeks Hang Seng ditutup 137.09 mata lebih tinggi pada 22,416.67, Nikkei-225 meningkat 49.62 mata kepada 10,731.45 dan Kospi naik 0.87 peratus kepada 1,705.32.

Indeks Kewangan Bursa Malaysia mengukuh 68.17 mata kepada 11,207.80 dan Indeks Perusahaan meningkat 10.49 mata kepada 2,692.35, tetapi Indeks Perladangan susut 22.67 mata kepada 6,482.41.

Indeks FBMEmas menambah 39.16 mata kepada 8,697.35, Indeks FBMTop 100 meningkat 30.05 mata kepada 8,465.81, Indeks FBM70 maju 21.41 mata kepada 8,519.86 dan FBMACE menokok 9.85 mata kepada 4,484.62.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 452 berbanding 299 manakala 239 kaunter tidak berubah dan 313 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan susut kepada 1.656 bilion saham bernilai RM1.814 bilion daripada 1.864 bilion saham bernilai RM1.984 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mengecil kepada 1.384 bilion saham bernilai RM1.766 bilion daripada 1.546 bilion saham bernilai RM1.919 bilion.

Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 145.461 juta saham bernilai RM24.943 juta daripada 206.875 juta saham bernilai RM41.879 juta.

Waran berkurangan jumlahnya kepada 52.149 juta unit bernilai RM9.868 juta daripada 94.720 juta saham bernilai RM18.933 juta.

Antara saham cergas, Compugates Holdings turun lima sen kepada tujuh sen, manakala Scomi Group meningkat 2.5 sen kepada 50.5 sen.

Talam Corporation and SAAG Consolidated masing-masing kekal pada 11 sen dan 18.5 sen, manakala Mlabs Systems turun 3.5 sen kepada 12.5 sen.

Pembuat sarung tangan, Supermax, adalah kaunter paling tinggi kenaikannya, apabila ia mengukuh 65 sen kepada RM5.35 dengan 9.17 juta saham diurus niaga.

Hartalega naik 51 sen kepada RM6.72, Tanjong meningkat 44 sen kepada RM18 dan Rubberex Corporation mengukuh 43 sen kepada RM2.75.

Daripada saham berwajaran besar, atau 39.452 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 335.379 juta, pembinaan 73.829 juta, Perdagangan dan perkhidmatan 404.350 juta, teknologi 42.155 juta, prasarana 18.564 juta, Kewangan 97.668 juta, hotel 3.139 juta, harta 340.938 juta, perladangan 26.051 juta, perlombongan 12,000, REIT 2.342 juta dan dana tertutup 30,900. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers