January 27, 2010

Ulasan Pasaran: FBM KLCI turun 13.66 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia terus mengalami kerugian semalam sejajar aktiviti jualan serantau, kata peniaga.

Aliran menurun itu, katanya, berikutan arahan China kepada bank untuk melaksanakan keperluan menaikkan rizab, yang mana pelabur melahirkan kebimbangan dengan langkah mengetatkan dasar monetari negara itu.

Cadangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengehadkan pengambilan risiko di negara itu turut memberi kesan kepada pasaran serantau, katanya.




Pada jam 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 13.66 mata kepada 1,283.02 selepas dibuka meningkat 0.02 mata kepada 1,296.81.

Pasaran masih mempunyai ruang untuk turun ke paras sokongan 1,270.

“Saya tidak merasakan pasaran akan mengalami keruntuhan. Aktiviti jualan serantau hari ini adalah berikutan reaksi emosi,” katanya.



Beliau menjangka halangan bagi pasaran tempatan diperoleh pada paras 1,290 mata.

Indeks Kewangan Bursa Malaysia rugi 134.15 mata kepada 11,239.01, Indeks Perusahaan turun 37.95 mata kepada 2,649.34 dan Indeks Perladangan turun 77.83 mata kepada 6,345.79.

Indeks FBM Emas turun 117.5 mata kepada 8,610.54, Indeks FBM Ace rugi 93.21 mata kepada 4,396.26 dan Indeks FBM70 turun 164.86 mata kepada 8,363.4.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 707 kepada 152 manakala 184 kaunter kekal tidak berubah dan 277 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.25 bilion saham bernilai RM1.65 bilion daripada 996.194 juta saham bernilai RM1.131 bilion yang dicatat kelmarin.

Penganalisis itu juga berkata kerugian semalam adalah berikutan aktiviti pengambilan untung berlebihan dalam kaunter berwajaran tinggi, terutama saham berwajaran tinggi utama.

Antara saham aktif, Talam turun 1.0 sen kepada 12 sen, IRCB turun 13 sen kepada RM1.38 dan KNM rugi 3.0 sen kepada 73.5 sen.

Kaunter melawan arus aliran itu termasuk Tomypak yang menokok 35 sen kepada RM2.63, AEON meningkat 30 sen kepada RM5.50 dan Perduren yang meningkat 28 sen kepada RM1.82.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 6.0 sen kepada RM8.79, Maybank merosot 5.0 sen kepada RM6.85, CIMB turun 22 sen kepada RM13.06 dan Maxis tidak berubah pada harga RM5.39.

IOI Corp turun 9.0 sen kepada RM5.41, Tenaga Nasional turun 5.0 sen kepada RM8.13, Genting merosot 8.0 sen kepada RM7.12 dan MISC turun 25 sen kepada RM8.15. Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.08 bilion saham bernilai RM1.61 bilion daripada 836.239 juta saham bernilai RM1.097 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace turun kepada 81.989 juta saham bernilai RM16.167 juta daripada 120.4 juta saham bernilai RM22.35 juta. Waran meningkat kepada 61.14 juta unit bernilai RM11.674 juta daripada 25.47 juta unit bernilai RM5.57 juta.

Produk pengguna mencatatkan 68.98 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 294.6 juta, pembinaan 54.83 juta, dagang dan perkhidmatan 304.9 juta, teknologi 50.49 juta, prasarana 13.69 juta, kewangan 82.2 juta, hotel 2.78 juta, hartanah 186.72 juta, perladangan 17.89 juta, perlombongan 26,000, REIT 3.49 juta dan tertutup/dana 67,900

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers