January 18, 2010

Saham dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak lebih tinggi dalam rali sebelum Tahun Baru Cina, kata penganalisis.

Ketua Penyelidik Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng Hooi berkata, pasaran bakal memperlihatkan kitaran dagangan yang berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu yang akan datang dalam semua sektor saham-saham bermodal besar dan kecil.

Momentum belian yang kukuh, katanya akan menolak Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) ke paras ketahanan 1,305 dalam tempoh terdekat selepas melepasi paras 1,300 pada Jumaat.

"Bagaimanapun aktiviti pengambilan untung akan menyekat indeks daripada terus meningkat," katanya.

Penganalisis Teknikal MIMB Investment Bank, Mohd Nazri Khan berkata, sentimen pasaran akan terus rancak dalam separuh pertama 2010 apabila pakej rangsangan kerajaan mula dirasai dalam ekonomi negara.

Beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi yang besar oleh semua negara bagi menangani kesan kelembapan dunia juga merangsang minat pelabur tempatan dan asing dalam pasaran saham.

"Pakej-pakej rangsangan akan membantu sentimen pasaran, bukan sahaja dalam FBM KLCI, malah dalam pasaran global," katanya.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, indeks akan terus mencatatkan aliran harga meningkat, namun perlahan-lahan sehingga Februari.

Beliau berkata, pelabur yakin sentimen pasaran akan terus meningkat dan kebanyakan mereka menunggu keputusan kewangan Public Bank dan pengumuman model ekonomi baharu yang merupakan asas dan arah tuju ekonomi negara untuk masa depan.

"FBM KLCI akan diniagakan dalam aliran harga meningkat memandangkan terdapat banyak mudah tunai yang akan merancakkan pasaran," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI menokok 5.6 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,298.58.

Indeks Kewangan meningkat 90.55 kepada 11,330.05, Indeks Perladangan susut 24.62 mata kepada 6,515.04 dan Indeks Perusahaan menambah 24.27 mata kepada 2,716.73.

Indeks FBM Emas menokok 75.92 mata kepada 8,771.56, Indeks FBM Top 100 meningkat 46.74 mata kepada 8,512.7, Indeks FBM70 melonjak 86.85 mata kepada 8,612.86 dan Indeks FBM ACE meningkat 140.63 mata kepada 4,588.94.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.014 bilion saham bernilai RM9.018 bilion berbanding 6.161 bilion saham bernilai RM7.966 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.964 bilion unit bernilai RM8.733 bilion berbanding 5.945 bilion unit bernilai RM7.706 bilion.

Jumlah dagangan bagi waran berkurangan kepada 151.238 juta unit bernilai RM27.737 juta berbanding 283.166 juta unit bernilai RM52.822 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE Market meningkat kepada 781.886 juta unit bernilai RM213.769 juta berbanding 736.040 juta bernilai RM171.304 juta. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers