SAPURA Industrial Bhd, pengeluar alat ganti dan komponen automotif yang kini meninjau pasaran baru di Asia Barat dan Asia Tenggara, menyasarkan jualan luar negara menyumbang sehingga 30 peratus kepada pendapatannya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Eksekutifnya, Mohamad Razali Osman (kanan), berkata kini pasaran luar negara Sapura Industrial yang merangkumi Brazil, India, Thailand dan Norway menyumbang kurang 10 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat.
Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pelan jangka panjang syarikat untuk memantapkan bahagian pembangunan perniagaannya menerusi bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pekerjanya.
Katanya, kedua-dua aspek itu menjadi penilaian utama yang membolehkan Sapura Industrial meneroka pasaran baru bagi mengedarkan alat ganti dan komponen automotif yang dikeluarkannya.
“Rantau Asia Barat dan Asia Tenggara adalah pasaran utama di luar negara yang kami perhatikan,” kata beliau di pejabatnya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
Mohamad Razali berkata, Sapura Industrial memperuntukkan RM6 juta untuk tempoh lima tahun bagi pelan pembangunan teknikalnya dalam usaha menembusi pasaran baru pada masa depan.
Katanya, pelaburan yang diperuntukkan itu termasuk membangunkan keupayaan R&D syarikat seperti proses, ujian dan perkakasan serta mendapatkan teknologi produk baru.
Katanya, kumpulan juga menggunakan peruntukan itu untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan pekerjanya dengan menghantar mereka untuk melanjutkan pendidikan sama ada pada peringkat diploma, ijazah dan sarjana.
Beliau berkata, kumpulan itu melaksanakan pertukaran teknikal bersama rakan kongsi dari Jerman dan Korea dalam bidang pembangunan teknologi untuk memastikan pekerja mendapatkan kemahiran yang diperlukan.
“Kami akan terus meningkatkan prestasi dari segi mutu, kos dan penghantaran dalam usaha memantapkan daya saing dalam teknologi dan teknikal,” katanya
January 11, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com