MESIR mempelawa pelabur Malaysia meneroka potensi pelaburan di negara itu yang memperuntukkan AS$20 bilion (RM67 bilion) bagi membangunkan kemudahan infrastrukturnya dalam tempoh tiga tahun ini.
Menteri Perdagangan dan Industrinya, Rachid Mohamed Rachid (atas), berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada kira-kira 100 projek termasuk bagi membina jalan raya, pelabuhan, bekalan air bersih, rawatan sistem kumbahan, bekalan tenaga elektrik dan kemudahan tentera udara.
“Kami mempelawa pelabur Malaysia membantu Mesir meningkatkan kemudahan infrastrukturnya, selain meraih pelbagai manfaat yang disediakan untuk pelabur asing menerusi reformasi ekonomi Mesir yang telah dimulakan sejak enam tahun lalu,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kemudahan infrastruktur sentiasa menjadi keutamaan Mesir bagi kemudahan lebih 80 juta. rakyatnya.
Beliau berkata, nilai pelaburan Malaysia di Mesir ketika ini kecil sekitar AS$2 bilion membabitkan beberapa pelabur dengan terbesar oleh Petronas dalam sektor minyak dan gas.
Katanya, pelabur Malaysia di Mesir juga terbabit dalam pengeluaran minyak makan dengan menghasilkan produk bernilai tambah menggunakan sawit sebagai bahan asas.
“Mesir mengimport sebanyak 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia setiap tahun untuk tujuan pemprosesan sebagai minyak makan dan produk sampingan bernilai tambah,” katanya.
Beliau berkata, banyak potensi yang boleh diraih pelabur Malaysia dalam pengeluaran produk makanan halal di Mesir dan boleh men-jadikan negara itu hab pengeluaran serta rantaian bekalan makanan halal untuk dipasarkan di Eropah, Asia Barat atau Asia Timur yang menawarkan potensi pasaran yang cukup luas.
Rachid Mohamed yang dalam rangka lawatan perniagaan dua hari ke Malaysia turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam.
Katanya, ketika pertemuan itu Mesir mendapat jaminan daripada kerajaan Malaysia untuk meningkatkan dagangan kedua-dua negara yang kini kurang daripada AS$1 juta.
“Jaminan yang diberikan Perdana Menteri itu termasuk untuk meningkatkan dagangan dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pertanian, pelancongan dan pendidikan,” katanya.
Dalam bidang pendidikan, peluang yang ditawarkan Mesir kepada pelajar asing tidak terhad hanya kepada ilmu agama dan perubatan di Al-Azhar, malah dalam banyak bidang lain.
Sementara itu Forum Perniagaan Malaysia-Mesir dilancarkan semalam sempena lawatan Rachid Mohamed itu.
January 12, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com