January 25, 2010

Ulasan pasaran: Indeks FBM KLCI catat lonjakan

Kenaikan saham mewah tiga minggu berturut-turut cecah 1,300.45 mata

BURSA Malaysia diselubungi kegiatan pengambilan untung minggu lalu sejajar dengan pembetulan yang berlaku di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan serantau selepas China melaksanakan dasar menyekat pertumbuhan pembiayaan manakala Presiden Barack Obama pula mencadangkan langkah untuk menyekat pengambilan risiko di kalangan bank AS.

Bagaimanapun, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak tinggi susulan kenaikan saham mewah seperti Axiata (+26 sen kepada RM3.43) dan Public Bank (+34 sen kepada RM11.98) yang menampung kejatuhan dialami Genting Bhd (-31 sen), IOI Corp (-8.0 sen), Sime Darby (-8.0 sen) dan CIMB (-10 sen).



Indeks berkenaan mencatat kenaikan bagi tempoh tiga minggu berturut-turut apabila ia menambah 1.87 mata atau 0.14 peratus untuk berakhir pada 1,300.45 mata.

Purata dagangan harian dan nilainya bagaimanapun turun kepada 1.2 bilion saham bernilai RM1.5 bilion, berbanding 1.6 bilion saham bernilai RM1.8 bilion yang dicatat minggu sebelumnya.

Minggu lalu, pasaran AS dikejutkan cadangan Obama untuk melaksanakan had saiz institusi kewangan dan mengharamkan institusi berkenaan daripada terbabit dalam aktiviti pelaburan berisiko termasuk dana lindung nilai dan dagangan bagi pihak pemilik.

Kejutan ini menambah kepada kebimbangan yang sedia dihadapi pasaran Asia sebelum ini terhadap kemungkinan kejatuhan ekonomi yang lebih besar selepas China memberi isyarat untuk beralih kepada dasar kecairan yang ketat.

Pihak berkuasa China sudah memberi isyarat kepada beberapa institusi perbankannya untuk menangguhkan pemberian pinjaman baru yang berkembang dua kali ganda pada 2009 kepada 9.6 renminbi hingga berjaya meningkatkan ekonomi republik itu sebanyak 8.7 peratus, 0.7 peratus lebih tinggi berbanding unjuran rasmi.

Dengan meningkatnya kebimbangan berlaku pemeluapan dalam ekonomi republik itu, China mahu mengetatkan dasar kewangannya, dan akibatnya dasar mata wang yang ketat tidak boleh dielakkan.

Keadaan ini tidak mengejutkan kerana kemungkinan ini telah diberi gambaran sejak dua bulan lalu.

Namun, apa yang menarik untuk diperhatikan adalah apakah maklum balas pihak berkuasa kewangan Malaysia memandangkan pengalaman lalu menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kedua-dua mata wang ringgit dan renminbi.

Dalam pada itu, sudah diketahui umum bahawa inflasi tahun lalu iaitu sebanyak 0.6 peratus, dianggarkan akan meningkat dua kali ganda tahun ini.

Membenarkan kenaikan ringgit mungkin boleh menjadi keputusan yang betul yang bukan hanya boleh mengawal tekanan inflasi, tetapi mengembalikan kuasa beli pengguna yang sudah sedia terjejas yang mana sepanjang sedekad lalu pengguna 'memberikan subsidi' kepada kerajaan, pengeksport dan pengilang.

Pemansuhan subsidi juga seharusnya dilaksanakan bersama-sama.

Nilai mata wang yang kukuh adalah positif kerana ia menarik aliran masuk modal baru, dan memberi manfaat kepada mereka yang menjana jualan, kandungan import dan pinjaman mata wang asing yang tinggi, seperti Astro, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd.

Nilai ringgit yang kukuh juga membantu syarikat seperti TNB untuk mendapat harga yang rendah bagi arang batu, manakala syarikat seperti Proton seharusnya mencari pendekatan baru untuk meningkatkan kualiti dan meneroka pasaran baru menerusi usaha sama.

Ada ura-ura yang Proton sudah mendapat rakan kongsi strategik dan pengumumannya mungkin akan diperoleh seawal Mac ini.

Minggu ini penanda aras FBM KLCI mungkin tidak berganjak daripada kedudukannya disebabkan oleh ketiadaan petunjuk positif.

Bank Negara Malaysia pula dijangka akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada dua peratus pada mesyuarat jawatankuasanya hari ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers