January 12, 2010

CIMB Wealth sasar kutipan premium RM25j

KUALA LUMPUR 11 Jan. - CIMB Wealth Advisors Bhd. (CIMB Wealth) menyasarkan kutipan premium RM25 juta daripada produk serta perkhidmatan insurans dan takafulnya berbanding RM7.6 juta yang dicapai tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Beng Wah berkata, sasaran itu mewakili peningkatan dua hingga tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya memulakan perkhidmatan tersebut dengan AIA dan hasilnya tidak mengecewakan.

Katanya, setelah memperoleh lesen perunding kewangan (FA), perkhidmatan CIMB Wealth akan lebih meluas dan memudahkan syarikat itu mencapai premium yang disasarkan tahun ini.

''Kami baru menghantar borang permohonan lesen FA tersebut dan menunggu jawapannya. Sekiranya lulus, kami akan mendapatkan lebih banyak ejen insurans dan takaful,'' kata beliau selepas menghadiri majlis pelancaran imej baru korporat CIMB Wealth di sini hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi CIMB Wealth, Datuk Mohd. Shukri Hussin.

Sekarang ini, CIMB Wealth menyediakan pelbagai jenis kaedah kewangan daripada pelbagai penyedia perkhidmatan kewangan meliputi 38 buah pejabat di seluruh negara disokong sebanyak 6,000 agensi yang kukuh.

CIMB Wealth turut mempunyai lebih 200,000 pemegang akaun.

Sementara itu, Beng Wah menambah, di bawah pelancaran imej baru korporat CIMB Wealth, pihaknya memperuntukkan RM16 juta untuk menaiktaraf sistem integrasi maklumat dan data mengenai para pelanggan dan ejen-ejen unit amanah.

Katanya, melalui sistem berkenaan, pihaknya dapat mengakses maklumat pelanggan dan berinteraksi dengan ejen-ejen dengan lebih mudah.

Beliau berkata, tempoh untuk menaiktaraf sistem tersebut adalah selama 20 bulan mulai bulan ini.

''Setakat ini, kami sudah bekerjasama dengan lima buah agensi unit amanah iaitu, Hwang DBS, TA Investment Management, Pheim Asset Management, OSK-OUB dan CIMB Principal,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers