January 28, 2010

Bursa dijangka melonjak semula minggu depan

Faktor asas pasaran saham tempatan masih kukuh

BURSA Malaysia yang mengalami kejatuhan empat hari urus niaga berturut-turut sejak Jumaat lalu, selepas penanda aras utamanya mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh kira-kira dua tahun pada Khamis, dijangka akan melonjak semula menjelang minggu depan.

Penganalisis berkata, ini kerana umumnya faktor asas pasaran tempatan masih kukuh dan kejatuhan yang dialami ketika ini adalah sementara berikutan reaksi keterlaluan pelabur terhadap isyarat diberikan Bank Negara Malaysia mengenai kemungkinan berlakunya kenaikan kadar faedah serta masih wujudnya kebimbangan berlaku pemeluapan ekonomi China dan keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengetatkan pengambilan risiko di kalangan banknya.




Mereka berkata, apabila kebimbangan itu reda dan harga saham dilihat berada pada paras menarik, pasaran akan kembali menyaksikan pembelian secara aktif.

Penanda aras utama pasaran saham tempatan, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 17.25 mata semalam untuk ditutup pada 1,265.77 mata selepas jatuh sejumlah 25.4 mata sejak Jumaat lalu.

Sebelum itu pada Khamis indeks itu mencatatkan paras penutup tertinggi dalam tempoh kira-kira dua tahun pada 1,308.36 mata.

“Pasaran saham tempatan lemah kerana menjejaki prestasi serantau yang masih diselubungi kebimbangan kemungkinan berlakunya pemeluapan ekonomi China dan keputusan Kerajaan AS mengetatkan pengambilan risiko di kalangan banknya.

“Jika harga saham terus jatuh ke paras yang menarik, pelabur akan kembali membeli yang akan menyaksikan indeks FMB KLCI menguji semula paras rintangan psikologi 1,300 mata,” kata Penganalisis di MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Wan Azhar Wan Mustapha.

Pengurus Besar (Operasi) ASM Investment Services Bhd, Rusli Abu Yamin turut yakin kejatuhan besar dicatatkan di Bursa Malaysia semalam sebagai sementara sebelum pelabur bertenang dengan isyarat yang diberikan Bank Negara kelmarin mengenai kemungkinan menaikkan kadar faedah berikutan pemulihan ekonomi yang semakin jelas.

Beliau menjelaskan, kenyataan Bank Negara itu diterjemahkan pelabur sebagai kemungkinan kadar faedah akan meningkat antara 0.25 dan 0.5 peratus dalam separuh pertama ini, lebih awal daripada jangkaan, iaitu dalam separuh kedua.

Rusli melihat kelemahan berlaku di pasaran saham ketika ini sebagai peluang membeli saham yang disokong faktor asas yang baik, khususnya bagi pelabur sebelum ini menjauhi pasaran atau telah menjual ketika harga kukuh iaitu pada separuh pertama bulan ini.

“ASM Investment masih kekal dengan unjuran FBM KLCI mampu meningkat hingga 1,350 mata tahun ini, malah tidak mustahil indeks utama itu mampu mencecah paras 1,400 mata dengan faktor kukuh asas ekonomi dan korporat yang dijangka menggalakkan sepanjang tahun ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers