January 19, 2010

Dagangan Bursa Malaysia rendah

KUALA LUMPUR 18 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih rendah hari ini, tetapi lebih tinggi sedikit daripada paras terendah, apabila kaunter-kaunter mewah menebus sebahagian kejatuhan sebelumnya, kata seorang peniaga.

Pada akhir dagangan, pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 0.59 kepada 1,297.99 setelah dibuka 12.33 mata lebih rendah pada 1,286.25.

Sementara itu, Indeks Kewangan Bursa Malaysia naik 15.43 mata kepada 11,345.48, Indeks Perusahaan turun 3.18 mata kepada 2,713.55 dan Indeks Perladangan merosot 39.27 mata kepada 6,475.77.

Indeks FBM Emas susut 0.31 mata kepada 8,771.87, Indeks FBM Top 100 berundur 5.56 mata kepada 8,507.19, Indeks FBM70 jatuh 12.43 mata kepada 8,600.43 tetapi Indeks FBM Ace melonjak 142.23 mata kepada 4,731.17.

Saham untung hampir menyamai saham rugi, masing-masing dengan jumlah 396 dan 361 manakala 252 kaunter terus tidak berubah, dan 298 yang lainnya tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.247 bilion saham bernilai RM1.426 bilion, daripada 1.677 bilion saham bernilai RM1.919 bilion yang dicatatkan Jumaat lepas.

Di kalangan saham cergas, Integrated Rubber menambah 24 sen kepada RM1.61, Dataprep naik 7.5 sen kepada 47.5 sen, Pentamaster meningkat 6.5 sen kepada 60 sen, Eti Tech menokok dua sen kepada 42 sen dan Mtouche mengukuh empat sen kepada 43 sen.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama mengecil kepada 1.002 bilion saham, bernilai RM1.36 bilion, daripada 1.467 bilion saham bernilai RM1.876 bilion, Jumaat lepas.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 208.17 juta unit, bernilai RM57.583 juta, daripada 158.121 juta unit, bernilai RM29.701 juta, yang dicatatkan sebelumnya.

Waran, bagaimanapun, berkurangan kepada 27.28 juta unit, bernilai RM5.04 juta, daripada 35.927 juta unit bernilai RM6.172 juta, pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 88.195 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 255.455 juta, pembinaan 47.394 juta, perdagangan dan perkhidmatan 251.357 juta, teknologi 125.685 juta, prasarana 12.52 juta, kewangan 60.432 juta, hotel 1.056 juta, harta 126.972 juta, perladangan 30.048 juta, perlombongan 2,000, REIT 3.256 juta dan dana tertutup 131,800.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers