January 29, 2010

FBM KLCI ditutup lebih rendah

KEBANYAKAN saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada harga lebih teguh semalam selepas menyaksikan pengambilan untung selama empat hari berturut-turut minggu ini, tetapi

kejatuhan di kaunter perladangan menyeret turun indeks utama.

Pada penutup, penunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 1.26 mata kepada 1,264.51 selepas dibuka 1.52 mata lebih teguh pada 1,267.29 pagi semalam.




Ketua Penyelidikan MIMB Investment, Mohd Nazri Khan, berkata pasaran dijangka kekal dalam aliran pembetulan bagi sebulan atau dua bulan akan datang, dengan pelabur institusi memilih untuk tidak memasuki pasaran sementara waktu.

Pasaran melepasi paras 1,300 dalam arah aliran menurun dan dijangka lemah dalam jangka terdekat ini.

Kebanyakan indeks utama melepasi paras sokongan masing-masing.

Perubahan nada cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama untuk mengehadkan pengambilan risiko oleh bank juga sedikit sebanyak menjejaskan pasaran, katanya.

Mohd Nazri menjangka paras sokongan FBM KLCI berikutnya pada 1,250.

Pada akhir dagangan, Indeks Kewangan Bursa Malaysia naik 14.92 mata kepada 11,074.77, Indeks Perusahaan susut 5.39 mata kepada 2,630.22 dan Indeks Perladangan turun 46.21 mata kepada 6,225.0.

Indeks FBM Emas meningkat 18.25 mata kepada 8,517.09, Indeks FBM Ace mengukuh 33.67 mata kepada 4,397.58 dan Indeks FBM70 53.90 mata lebih tinggi pada 8,330.46.

Saham turun mengatasi saham naik dengan jumlah 534 berbanding 190 manakala 234 kaunter tidak berubah dan 361 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mengecil kepada 935.253 juta saham bernilai RM1.425 bilion daripada 1.08 bilion saham bernilai RM1.82 bilion kelmarin.

Antara saham cergas, MEMS Technology susut empat sen kepada empat sen, Mulpha-WA naik sesen kepada tiga sen dan Mulpha International mengukuh empat sen kepada 51 sen. Kenaikan terbesar dicatatkan oleh Nestle dengan peningkatan 76 sen kepada RM33.78, British American Tobacco dengan penambahan 46 sen kepada RM42.96 dan KYM yang mengukuh 24 sen kepada RM1.13.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun tujuh sen kepada RM8.66, Maybank dan CIMB susut dua sen, masing-masing kepada RM6.80 dan RM12.74, manakala IOI Corp merosot 11 sen kepada RM5.20 dan Tanjong jatuh 12 sen kepada RM17.28.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 745.39 juta saham bernilai RM1.39 bilion daripada 917.21 juta saham bernilai RM1.795 bilion kelmarin.

Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 151.34 juta saham bernilai RM22.47 juta daripada 106.463 juta saham bernilai RM18.02 juta sebelumnya. Waran berkurangan jumlahnya kepada 30.48 juta unit bernilai RM4.97 juta daripada 49.5 juta unit bernilai RM10.09 juta.

Barangan pengguna menguasai 69.54 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 162.22 juta, pembinaan 43.22 juta, perdagangan dan perkhidmatan 251.1 juta, teknologi 38.61 juta, prasarana 10.44 juta, kewangan 68.47 juta, hotel 575,300, harta 76.36 juta, perladangan 22.69 juta, perlombongan 9,000, REIT 2.07 juta, dan dana tertutup 40,200. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers