January 29, 2010

Bursa Malaysia jangka lebih banyak IPO tahun ini

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bursa Malaysia menjangkakan tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini lebih banyak berbanding 14 penyenaraian IPO tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, penyenaraian IPO pertama tahun ini ialah pada Febuari.

Tahun lepas beliau berkata, IPO pertama disenarai pada separuh kedua tahun itu.

Yusli berkata, Bursa Malaysia menjangkakan lebih banyak syarikat China akan disenarai tahun ini berbanding tiga IPO tahun lepas.

"Peserta pasaran menjangkakan angka itu lebih tinggi berbanding tahun lepas.

"Kami harap syarikat dari negara lain akan menimbang disenarai di sini," katanya pada taklimat media pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Mengenai saiz IPO yang dijangkakan tahun ini, beliau berkata: "Ia sangat mencabar untuk kami mendapatkan sesuatu sebesar Maxis".

"Pada masa ini, kami tidak dapat menjangkakan saiznya tahun ini," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan juga mengkaji penswastaan beberapa asetnya untuk disenaraikan.

"Ada antaranya yang besar. Oleh itu, kami perlu tunggu dan lihat," katanya.

Yusli berkata, pasaran saham, yang menyaksikan pembetulan dalam tempoh beberapa tahun yang lepas, menawarkan peluang yang baik untuk pelabur.

"Ia baik untuk pelabur. Apabila ada pembetulan, pasti ada peluang," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers