CIMB Wealth Advisors Bhd, cabang pengedaran produk pelaburan Kumpulan CIMB mengunjurkan kutipan premium berjumlah RM25 juta tahun ini bagi perniagaan takaful dan insuransnya.
Ketua Eksekutifnya, Tan Beng Wah, sejak menawarkan produk takaful dan insurans kepada pelanggan awal tahun lalu, syarikat itu sudah meraih kutipan premium RM7.6 juta.
Katanya, unjuran itu berdasarkan jangkaan pertambahan pelanggan serta langkah syarikat dalam mendapatkan lesen perunding kewangan bagi meningkatkan kerjasama strategik dengan syarikat insurans lain.
“Kami akan terus menumpukan kepada perniagaan insurans dengan matlamat menjadi penyedia penyelesaian kekayaan menyeluruh yang menawarkan pelbagai produk kewangan Islam dan konvensional.
“Syarikat mula menjalin kerjasama dengan American International Assurance Bhd (AIA) awal 2009, dan dengan kutipan premium RM7.6 juta setakat ini, kami yakin ia mampu dipertingkatkan dengan penawaran produk lebih luas dengan rakan strategik lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran identiti korporat baru syarikat itu yang dikenali CWA di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi CIMB Wealth Advisors, Datuk Mohd Shukri Hussin.
Ketika ini, syarikat itu mengedarkan rangkaian instrumen kewangan daripada pelbagai penyedia perkhidmatan kewangan di 38 pejabat dan cawangan seluruh negara, disokong 6,000 ejen jualannya.
Mengenai identiti korporat baru syarikat itu, Tan berkata, CIMB Wealth Advisors melabur lebih RM16 juta bagi melancarkan logo dan jenama baru syarikat serta dalam meningkatkan sokongan infrastruktur khususnya dalam sistem maklumat pelanggan.
Beliau berkata, ia bagi mencerminkan komitmen syarikat itu sebagai penyedia penyelesaian kekayaan menyeluruh termasuk rancangan memperkenalkan perkhidmatan perancangan hartanah berkonsepkan syariah tidak lama lagi.
“Kami kini dalam peringkat memeterai perjanjian dengan rakan strategik baru dan juga meninjau lebih banyak syarikat dalam perkhidmatan perancangan hartanah Islam,” katanya sambil menambah ketika ini syarikat itu hanya menawarkan perkhidmatan itu secara konvensional.
January 12, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com