BURSA Malaysia ditutup tinggi semalam dengan sentimen dirangsang oleh keuntungan dalam saham Amerika Syarikat (AS).
Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur menambah 1.53 mata atau 0.12 peratus untuk ditutup pada 1,294.51. Ia dibuka 0.3 mata lebih rendah pada 1,292.68.
Pada Jumaat lalu, indeks Purata Perusahaan Dow Jones naik 11.33 mata kepada 10,618.19 mata sementara indeks Standard & Poor’s 500 menambah 3.29 mata kepada 1,144.98.
Peniaga berkata, belian susulan ke atas kaunter bermodal sederhana dan berharga rendah serta saham berwajaran tinggi berpilih seperti perladangan dan kewangan berjaya menolak indeks tempatan ke zon positif.
Seorang peniaga berkata, minat pelabur dilihat terhadap keseluruhan kaunter terutamanya kaunter sarung tangan getah seperti Rubberex, Latexx Partners, Top Glove dan Supermax.
MIMB Investment Bank Bhd, dalam nota penyelidikannya berkata paras sokongan semerta dijangka dalam lingkungan 1,280, diikuti 1,250, dengan halangan semerta juga adalah antara 1,300 dan 1,320.
Bank itu berkata, petunjuk teknikal kekal meyakinkan dalam tempoh jangka panjang.
“Peniaga sepatutnya mengumpul pegangan ketika harga rendah dan menyimpannya untuk sekurang-kurang enam bulan meskipun terdapatnya potensi arah aliran lemah dalam tempoh terdekat,” katanya.
Indeks Kewangan melonjak 24.35 mata kepada 11,263.85, Indeks Perindustrian naik 12.45 mata kepada 2,704.91 dan Indeks Perladangan lebih tinggi 3.8 mata kepada 6,543.46.
Indeks FBMEmas berkembang 19.32 mata kepada 8,714.96, Indeks FBMTop 100 lebih tinggi 10.95 mata kepada 8,476.97, FBMACE menambah 61.99 mata kepada 4,510.3 dan Indeks FBM70 mengembang 14.8 mata kepada 8,540.81.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan 476 berbalas 292 sementara 222 kaunter tidak berubah dan 316 yang lain tidak diniagakan.
Jumlah dagangan menokok kepada 1.40 bilion saham bernilai RM1.54 bilion daripada 1.04 bilion saham bernilai RM1.28 bilion Jumaat lalu.
Di kalangan saham aktif, Talam naik 1.5 sen kepada 12 sen, IRCB meningkat 39.5 sen kepada RM1.34, Land & General menokok 3.5 sen kepada 60.5 sen, Focus Dynamics susut 1.5 sen kepada 13 sen dan Ramunia lebih tinggi 4.5 sen kepada 48 sen.
Saham berwajaran tinggi pula, Sime Darby mengukuh dua sen kepada RM9.08, Maybank turun tiga sen kepada RM6.89, CIMB lebih tinggi 12 sen kepada RM13.5, Maxis menokok lima sen kepada RM5.38 dan IOI Corp mengembang satu sen kepada RM5.60.
Plus Expressways kekal pada RM3.27. Kerajaan telah mengumumkan yang ia dalam peringkat akhir menyusun semula kadar tol yang akan lebih wajar.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.22 bilion saham bernilai RM1.51 bilion daripada 876.22 juta saham bernilai RM1.25 bilion Jumaat lalu.
Jumlah dagangan Pasaran ACE lebih tinggi kepada 120.48 juta unit bernilai RM23.41 juta daripada 114.45 juta unit bernilai RM23.65 juta sebelumnya.
Waran pula merosot kepada 30.82 juta saham bernilai RM5.84 juta daripada 33.12 juta saham bernilai RM5.25 juta Jumaat lalu.
Produk pengguna menguasai 67.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 306.00 juta, pembinaan 48.62 juta, urus niaga dan perkhidmatan 300.63 juta, teknologi 92.41 juta, infrastruktur 10.04 juta, kewangan 75.23 juta, perhotelan 1.37 juta, hartanah 293.62 juta, perladangan 24.50 juta, perlombongan 21,000, REIT 1.74 juta dan dana tertutup 46,900. - Bernama
January 12, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com