January 20, 2010

FBM KLCI atasi paras 1,300 mata

KUALA LUMPUR 19 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan sentimen berhati-hati dalam kelemahan pasaran serantau tetapi indeks penanda aras melepasi paras 1,300 semasa ditutup hari ini, kata para peniaga.

Dengan belian terpilih dalam saham-saham utama, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang dibuka pada 0.39 mata, mengukuh pada 1,298.38, mencecah paras harian tertinggi pada 1,302.36 sebelum ditutup pada 1,300.35, naik 2.36 mata daripada semalam. Sasaran yang lebih tinggi ialah 1,340.

Indeks Kewangan naik 57.97 mata kepada 11,403.45, Indeks Perusahaan susut 9.51 mata kepada 2,704.04 dan Indeks Perladangan turun 1.65 mata kepada 6,474.12.

Indeks FBM Emas melonjak 9.97 mata kepada 8,781.85, Indeks FBM Top 100 menambah 14.15 mata kepada 8,521.35, Indeks FBM70 menokok 9.3 mata kepada 8,609.73 dan Indeks FBM Ace turun 17.61 mata kepada 4,713.56.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 409 berbanding 345 manakala 279 kaunter tidak berubah dan 273 yang lain tidak didagangkan.Jumlah dagangan naik kepada 1.268 bilion saham bernilai RM1.446 bilion berbanding dengan 1.247 bilion saham bernilai RM1.426 bilion semalam.

Antara saham aktif, CWorks System susut 3.5 sen kepada 15.5 sen, Eden menokok empat sen kepada 52 sen dan Talam-RCPS kekal pada 10.5 sen.

Baswell Resources melonjak 18 sen kepada 76 sen semasa rundingan mengenai kemungkinan pengambilalihan.

Public Bank naik 20 sen kepada RM12.04 manakala Public Bank-Foreign menambah 18 sen kepada RM12.00 setelah keputusan kewangan bank diunjur dalam lingkungan atau lebih baik daripada jangkaan.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 1.041 bilion saham bernilai RM1.397 bilion daripada 1.002 bilion saham bernilai RM1.36 bilion.

Di Pasaran ACE , jumlah dagangan susut kepada 184.959 juta unit bernilai RM38.357 juta daripada 208.17 juta units bernilai RM57.58 juta. Warran menambah kepada 30.437 juta unit bernilai RM6.199 juta daripada 27.28 juta unit bernilai RM5.04 juta.

Barangan pengguna menguasai 117.228 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 252.403 juta, pembinaan 55.851 juta, dagangan dan perkhidmatan 295.578 juta, teknologi 95.452 juta, infrastruktur 20.88 juta, kewangan 55.841 juta, hotel 586,500, hartanah 128.553 juta, perladangan 17.467 juta, perlombongan 7,000, REIT 1.241 juta dan dana tertutup 39,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers