January 22, 2010

Dagangan ringgit rendah

KUALA LUMPUR 21 Jan - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, dirangsang oleh permintaan komersial yang aktif untuk dolar AS, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit lemah kepada 3.3750/3800 berbanding dolar As daripada penutup semalam 3.3600/3650."Mata wang dolar menyaksikan pengukuhan secara keseluruhannya, yang bermakna kelemahan untuk ringgit dalam jangka pendek," kata seorang peniaga.

Beliau berkata mata wang yang berperolehan tinggi hilang daya tarikan dunia kerana bimbang China mungkin mengetatkan kredit dan sekali gus melemahkan pasaran komoditi.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata tinjauan ringgit masih lagi positif dalam masa jangka panjang di celah-celah keadaan tidak menentu.

Menurut penganalisis, mata wang tempatan dijangka mengukuh pada paras 3.27 tahun ini.

Pada penutup urus niaga hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan lemah kepada 2.4085/4138 daripada 2.4052/4110 semalam tetapi mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.6813/6875 daripada 3.6927/7006 sebelumnya.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.7513/7587 daripada 4.7709/7793 semalam dan berbanding pound Britain kepada 5.4621/4709 daripada 5.4694/4796 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers