January 21, 2010

TNB catat untung bersih RM706.3 juta

TENAGA Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM706.3 juta dalam suku pertama berakhir 30 November 2009, meningkat 174.8 peratus berbanding kerugian bersih RM944.1 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu, berikutan peningkatan permintaan elektrik.

Ia diraihnya di sebalik penurunan pendapatan sebanyak satu peratus kepada RM7.34 bilion daripada RM7.41 bilion susulan pelarasan tarif elektrik pada 1 Mac 2009.

Bagaimanapun, perbelanjaan operasi yang susut 6.1 peratus kepada RM6.18 juta daripada RM6.58 juta serta peningkatan permintaan elektrik sebanyak 2.7 peratus di Semenanjung Malaysia dan 7.3 peratus di Sabah dan Sarawak, membolehkan syarikat itu mencatat prestasi lebih kukuh.




Mengulas pencapaian itu, Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata permintaan elektrik kembali meningkat menjelang akhir tahun lalu ekoran peningkatan aktiviti perniagaan susulan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi serta pemulihan ekonomi global.

“Di Semenanjung, semua sektor ekonomi khususnya perindustrian, komersial dan domestik, masing-masing mencatat pertumbuhan 0.3 peratus, 3.8 peratus dan 6.7 peratus.

“Ini mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi dan perbelanjaan hasil daripada pakej rangsangan fiskal dan prospek perniagaan lebih baik,” katanya pada sidang media sempena mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu di Kuala Lumpur semalam. Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Sementara itu, Che Khalib pula berkata, turut menyumbang kepada pencapaian itu adalah perbelanjaan operasi lebih rendah susulan harga arang batu yang stabil, justeru mengurangkan kos penjanaan.

“Penurunan kos operasi disebabkan dua perkara, iaitu nilai ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan penurunan harga komoditi utama dunia,” jelasnya.

Ketika ini, Che Khalib berkata, harga arang batu yang menjadi bahan mentah utama penjanaan elektrik berada pada paras AS$80 setan (RM266.4 setan) dan ia dijangka kekal tinggi berikutan peningkatan permintaan ekoran pemulihan ekonomi global.

Namun katanya, keadaan masih terkawal jika harga arang batu tidak meningkat melebihi AS$85 setan (RM283 setan).

Beliau menambah, penurunan kos penjanaan sebanyak 11.3 peratus dalam suku pertama lalu menyumbang peningkatan sebanyak 39.3 peratus kepada keuntungan operasi syarikat itu.

Mengenai prospek kumpulan itu, Che Khalib berkata, beliau menjangkakan prestasi kewangan TNB bagi seluruh tahun kewangan semasa berakhir pada 31 Ogos ini mampu mengatasi pencapaian tahun kewangan lalu.

“Prospek 2010 adalah menggalakkan susulan langkah proaktif kerajaan dalam menangani krisis ekonomi global. Bagaimanapun pengurusan kos operasi kekal sebagai cabaran utama kepada kumpulan dalam ketidaktentuan kadar tukaran asing serta harga bahan api,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers