January 29, 2010

Bursa Malaysia jangka banyak penyenaraian baru

BURSA Malaysia menjangkakan lebih banyak penyenaraian baru di bursa saham tempatan itu tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding 14 tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata bilangan syarikat dari China yang akan menyenaraikan saham mereka di bursa itu tahun ini juga dijangka bertambah daripada tiga syarikat tahun lalu.

“Kami juga berharap menarik syarikat dari negara jiran untuk disenaraikan di sini,” katanya ditemui selepas sidang media penganjuran Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan antara syarikat dari China yang sedang menunggu kelulusan untuk menyenaraikan saham di Bursa Malaysia ialah pengeluar kertas, Asia Paper International Holdings Ltd yang dijangka membuat tawaran awam permulaan (IPO) 35 juta saham.

Yusli berkata, penyenaraian pertama bagi tahun ini adalah pada bulan depan, jauh lebih lebih awal daripada penyenaraian pertama tahun lalu yang dibuat hanya separuh kedua.

Mengenai sama ada akan ada IPO dengan saiz permodalan pasaran yang besar tahun ini seperti yang dilaksanakan Maxis Bhd tahun lalu, beliau berkata: “Ia akan menjadi cabaran yang besar kepada kami untuk mendapatkan IPO sebesar saiz permodalan pasaran Maxis.”

“Buat masa ini kami belum melihat mana-mana syarikat dengan saiz permodalan pasaran sebesar itu.

Bagaimanapun, Yusli berkata, cadangan Kementerian Kewangan menyenaraikan sesetengah daripada syarikat milik kerajaan mampu menyaksikan kehadiran syarikat bermodal besar di Bursa Malaysia.

“Sesetengah daripadanya mempunyai saiz modal yang agak ketara. Jadi, kita terpaksa tunggu dan lihat,” katanya.

Mengenai prospek pasaran saham tempatan tahun ini, Yusli berkata, Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi lebih baik.

Katanya, penanda aras utama pasaran pasaran tempatan melepasi paras 1,300 mata bulan lalu dengan sentimen pasaran yang lebih baik.

“Ini adalah permulaan yang positif berbanding tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Invest Malaysia 2010 kali keenam pada 30 dan 31 Mac ini, Yusli berkata, ia bukan saja akan menumpukan kepada usaha menarik pelaburan dalam pasaran ekuiti, tetapi diperluaskan skopnya untuk turut membabitkan pelaburan langsung asing (FDI).

Justeru, katanya persidangan kali ini akan menyaksikan penyertaan langsung Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) yang akan mempamerkan peluang FDI yang ada di negara ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan beberapa dasar baru ke arah menjadikan pasaran modal Malaysia lebih mesra pelabur. Pengumuman yang ditunggu-tunggu pada setiap kali persidangan ini diadakan,” katanya.

Yusli menambah, persidangan bertemakan `Memperkasa Kecemerlangan Global’ itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 600 delegasi tempatan dan asing.

Persidangan kali ini dianjurkan Bursa Malaysia dengan kerjasama Maybank Investment Bank serta Nomura Holdings dan akan diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers