January 20, 2010

Petronas sah dipelawa ke Timor Leste

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Petronas masih belum membuat sebarang keputusan untuk membangunkan medan gas pesisir Greater Sunrise di Timor Leste.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hassan Marican bagaimanapun mengesahkan telah menerima jemputan daripada kerajaan negara itu.

''Memang benar Petronas dijemput untuk terlibat dalam projek di Timor Leste tetapi kami belum membuat keputusan kerana masih mengkaji lagi,'' katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, Petronas telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Kerajaan Timor Leste sejak beberapa lama berhubung pembangunan sektor minyak negara itu.

Ia termasuk menyediakan input mengenai hidro karbon dan gas serta khidmat nasihat.

Baru-baru ini, Kerajaan Timor Leste mempelawa Petronas untuk membangunkan medan gas pesisir Greater Sunrise selepas menolak firma tenaga dari Australia, Woodside Petroleum.

Kerajaan Timor Leste menolak rancangan Woodside untuk membangunkan medan gas Greater Sunrise kerana mereka hanya mempunyai dua pilihan, iaitu membawa paip ke Darwin dan hanya mengadakan pembangunan di medan berkenaan.

Tegas kerajaan itu, pilihan yang diberikan itu tidak membawa sebarang faedah kepada negara dan rakyatnya.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Kementerian Sumber Asli, Manuel Mendonca berkata, Petronas mungkin membangunkan medan minyak Greater Sunrise

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers