January 14, 2010

Ulasan pasaran: Pasaran serantau pengaruhi KLCI

Pelabur ambil langkah berhati-hati, kaut untung saham berwajaran tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan aktiviti pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi dengan Nestle mendahului senarai saham mencatatkan penurunan, kata peniaga.

Pada jam 5.30 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 3.34 mata kepada 1,289.51 selepas dibuka 0.12 mata lebih rendah pada 1,292.73.



Nestle turun 64 sen kepada RM33.30, diikuti Kuala Lumpur Kepong dan CIMB yang masing-masing merosot 10 sen kepada RM16.90 dan RM13.42.

Peniaga berkata, kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran, mengambil petunjuk daripada kerugian semalaman di Wall Street yang mana Dow Jones susut 0.34 peratus kepada 10,627.26, Indeks 500 Standard & Poor's 500 lebih rendah 0.94 peratus kepada 1,136.22 dan Nasdaq berkurangan 1.30 peratus kepada 2,282.31.

Laporan bank pusat China bercadang mengetatkan dasar monetari menarik pasaran ke dalam zon negatif.

Bagaimanapun, minat belian yang lebih kukuh dalam saham mewah terpilih dan saham berharga rendah membantu mengekalkan pasaran tempatan.

Dalam tempoh pertengahan, tinjauan FBM KLCI kekal meyakinkan dan ia dijangka mencecah paras 1,300 mata kerana 'kesan Januari'.



Indeks Kewangan merosot 41.76 mata kepada 11,234.61 sementara Indeks Perusahaan menokok 4.13 mata kepada 2,702.98 dan Indeks Perladangan lebih rendah 31.74 mata kepada 6,503.68.

Indeks FBM Emas berkurangan 17.729 mata kepada 8,705.41, Indeks FBM Top 100 merosot 26.18 mata kepada 8,449.54, Indeks FBM ACE lebih rendah 48.91 mata kepada 4,539.28 dan Indeks FBM70 susut 43.38 mata kepada 8,533.98.

Saham rugi mengatasi untung dengan 436 berbalas 366 sementara 212 tidak berubah dan 293 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan ialah 1.50 bilion saham bernilai RM1.714 bilion berbanding 1.681 bilion saham bernilai RM1.778 bilion kelmarin.

Di kalangan saham aktif, Leweko Resources naik satu sen kepada 33 sen, Integrated Rubber menokok sembilan sen kepada RM1.56 sen, ETI Tech Corp meningkat setengah sen kepada 40.5 sen, Talam kekal pada 12 sen dan Stemlife lebih rendah lapan sen kepada 68 sen.

Saham paling untung, Top Glove dan Putrajaya Perdana, masing-masing mengukuh 40 sen kepada RM11.30 dan RM3.80 sen. Kossan Rubber meningkat 37 sen kepada RM6.83 sementara AE Multi Holdings lebih tinggi 29.5 sen kepada 75 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby merosot tiga sen kepada RM8.96, Maybank lebih rendah dua sen kepada RM6.87, Maxis menokok satu sen kepada RM5.35 dan IOI Corp berkurangan tiga sen kepada RM5.56.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.294 bilion saham bernilai RM1.650 bilion daripada 1.434 bilion saham bernilai RM1.694 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula merosot kepada 174.998 juta unit bernilai RM57.558 juta daripada 197.297 juta unit bernilai RM73.984 juta.

Waran pula berkurangan kepada 23.754 juta unit bernilai RM4.491 juta daripada 27.615 juta unit bernilai RM5.483 juta.

Produk pengguna menguasai 64.449 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 516.785 juta, pembinaan 63.929 juta, urus niaga dan perkhidmatan 285.801 juta, teknologi 70.727 juta, infrastruktur 10.387 juta, kewangan 77.709 juta, perhotelan 962,300, hartanah 173.274 juta, perladangan 28.401 juta, perlombongan 3,000, REITs 1.571 juta dan dana tertutup 25,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers