January 13, 2010

CIMB Aviva Takaful sasar RM40j premium

KUALA LUMPUR 12 Jan. - CIMB Aviva Takaful Bhd. (CIMB Aviva Takaful) menyasarkan kutipan premium berjumlah RM40 juta dalam tahun kewangan semasa dengan pelancaran Siri Takaful EasyLife.

Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan sambutan yang diterima terhadap produk tersebut semasa pra-pelancarannya pada Disember lalu telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM2.5 juta.

''Jumlah yang disasarkan pada tahun ini adalah sesuatu yang boleh dicapai kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

''Sasaran kutipan premium bagi kedua-dua CIMB Aviva Assurance Bhd. (CIMB Aviva) dan CIMB Aviva Takaful adalah RM90 juta bagi tahun kewangan ini. Ini dapat dicapai memandangkan jumlah kutipan premium pada tahun lalu bagi CIMB Aviva adalah sebanyak RM59 juta,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Siri Takaful EasyLife di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi CIMB Aviva dan CIMB Aviva Takaful, Datuk Mohd Shukri Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Aviva Takaful, Muhammad Fikri Mohamad Rawi dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Aviva, Kevin Jones.

Sementara itu, Muhammad Fikri berkata, pada tahun ini CIMB Aviva Takaful berhasrat mencatat penembusan pasaran lebih 7.4 peratus pada tahun ini.

''Selain itu, CIMB Aviva Takaful akan melancarkan enam produk baru pada tahun ini. Apa yang penting bagi kami adalah bukan jumlah produk yang dilancarkan tetapi produk-produk keluaran CIMB Aviva Takaful dan CIMB Aviva menetapi kehendak pelanggan.

''Fokus utama kami adalah menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan serta bersesuaian dengan keperluan mereka,'' jelasnya.

Terdahulu, CIMB Islamic Bank melancarkan Siri Takaful EasyLife, iaitu set lengkap pelan takaful pertama yang ditawarkan oleh saluran bankatakafulnya.

Ia diuruskan oleh CIMB Aviva Takaful yang meliputi empat produk berasaskan pelaburan seperti EasyLife Takaful Men, EasyLife Takaful Women, EasyLife Takaful Kids, EasyLife Takafil Retirement dan pelan kesihatan kos efektif EasyLife Takaful Health.

Badlisyah percaya Siri Takaful EasyLife ini akan dapat membantu pelanggan untuk mencari polisi takaful yang memenuhi keperluan unik dan spesifik mereka.

''CIMB Islamic melalui rangkaian cawangan yang luas di seluruh negara menawarkan platform terbaik untuk produk takaful kepada pelanggan.

''Melalui bilangan cawangan seluruh negara melebihi 300 cawangan dan asas pelanggan melebihi 5.3 juta, produk tersebut akan dapat disampaikan kepada pelanggan dengan mudah,'' katanya.

Muhammad Fikri berkata, permintaan terhadap produk takaful akan terus meningkat memandangkan kesedaran pelanggan yang semakin meningkat.

''Pelan bankatakaful di bawah Siri Takaful EasyLife ini adalah mudah, telus dan mampu milik serta berlandaskan syariah,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers