KABINET Iraq meluluskan semua janji niaga dengan firma tenaga asing termasuk Petronas yang masih tertunggak dan majlis memeterai perjanjian bagi sembilan kontrak itu akan diadakan tidak lama lagi, demikian mengikut jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad.
Janji niaga itu akan meningkatkan dengan ketara pengeluaran minyak Iraq dalam tempoh tujuh tahun akan datang dan mungkin menjadikannya pengeluar minyak mentah terbesar dunia, sekali gus menyediakan pendapatan yang amat diperlukan untuk membina kembali negara itu.
“Semua kontrak itu telah dipersetujui oleh kabinet,” kata Jihad selepas Iraq memperkenalkan apa yang disifatkan beliau sebagai satu pindaan kecil undang-undang terhadap kontrak dengan firma berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci mengenai pindaan yang dilakukan kepada dokumen itu.
Katanya, apabila kementerian minyak menerima dokumen rasmi mengesahkan pindaan sudah diluluskan dengan beberapa syarikat, termasuk firma tenaga gergasi seperti Shell, Petronas, CNPC dan Lukoil.
“Kami akan menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis dengan semua syarikat untuk memeterai dokumen.
“Ia (majlis) akan diadakan tidak lama lagi dan syarikat yang terbabit akan memulakan kerja mereka secepat mungkin selepas termeterainya perjanjian itu,” katanya tanpa memberikan sebarang tarikh rasmi.
“Syarikat minyak berkenaan mahu memulakan kerja secepat mungkin. Mereka amat bersemangat,” tambahnya.
Iraq telah menganugerahkan tujuh kontrak dalam bidaan yang diadakan pada 11 dan 12 Disember lalu yang mana penganugerahan itu termasuk hak bagi menggali minyak dari telaga simpanan minyak terbesar Majnoon dan West Qurna-2.
Semua kontrak berkenaan adalah penambahan kepada tiga kontrak yang diberikan pada bidaan sebelumnya, iaitu pada Jun lalu.
Bagaimanapun, dua daripada kontrak itu masih belum lagi dimeterai secara rasmi.
Urus niaga berkenaan bakal meningkatkan lagi unjuran pengeluaran minyak Iraq kepada 12 juta tong sehari daripada pengeluaran semasanya kira-kira 2.5 juta tong sehari, sekali gus menyediakan aliran tunai kepada negara yang amat bergantung kepada jualan minyak bagi 85 peratus da-ripada pendapatan kerajaannya.
Iraq memiliki simpanan minyak ketiga terbesar dunia selepas Arab Saudi Arab dan Iran dengan anggaran 115 bilion tong. - AFP
January 7, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com