January 13, 2010

EKONOMI Pertumbuhan ekonomi lebih lima peratus boleh dicapai

Perbelanjaan perniagaan, keyakinan pengguna kian meningkat

HARAPAN untuk Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih lima peratus tahun ini adalah cerah berdasarkan kepada pelbagai petunjuk terbaru yang positif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, antaranya ialah peningkatan keyakinan serta permintaan pengguna dan perniagaan; pertambahan pengambilan pekerja; kekukuhan jumlah permohonan dan kelulusan pinjaman; peningkatan jualan kenderaan serta kenaikan harga komoditi.



"Saya yakin kita dapat mencapai pertumbuhan lebih lima peratus tahun ini. Sejak Julai tahun lalu, kita mula menyaksikan peningkatan dalam perbelanjaan perniagaan dan keyakinan pengguna, permohonan dan kelulusan pinjaman bank serta keuntungan syarikat," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Oxford Business Group (OBC) di Putrajaya, semalam.

Menerusi MoU itu, OBC akan membuat penyelidikan tentang persekitaran pelaburan di negara ini dan menyiarkannya dalam laporan The Report: Malaysia 2010 sebagai langkah untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur global.

Pada majlis itu, EPU diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Noriyah Ahmad, manakala OBC diwakili Pengarah Peringkat Negara, Laura Herrero.

Nor Mohamed berkata, peningkatan permintaan dan keyakinan pengguna dapat disaksikan menerusi pertambahan jumlah jualan kenderaan penumpang pada Oktober 2009 yang meningkat kepada 40,569 unit berbanding 36,254 unit dalam bulan sama tahun sebelumnya.

Jumlah permohonan dan kelulusan pinjaman pada Oktober 2009 pula, katanya masing-masing meningkat pada kadar 37.4 peratus dan 25 peratus.

Beliau berkata, pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan pada November 2008 dan Mac 2009, yang akan dirasai sebahagian besar kesannya tahun ini akan turut menyokong kepada kadar pertumbuhan lebih tinggi itu.

Selain itu, katanya, sudah wujud tanda mengenai peningkatan permintaan komponen elektrik global khususnya cip berikutan perkembangan pesat sektor automotif di China dan India serta pembangunan alat telekomunikasi dan teknologi maklumat generasi baru.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers