January 18, 2010

Bank Negara dijangka agih lebih RM1b kepada kerajaan

BANK Negara Malaysia dijangka mengekalkan prestasinya membayar lebih RM1 bilion daripada keuntungan bersih keseluruhan kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, walaupun berlaku kegawatan ekoran krisis kewangan global.

Sumber rapat industri berkata, perkara berkenaan memberi gambaran bahawa sistem kewangan negara kekal mantap dan diuruskan secara berhemah di sebalik berlaku penurunan keyakinan terhadap sistem perbankan di negara Barat.

“Sistem kewangan negara hampir tidak terjejas walaupun dunia menyaksikan krisis kewangan terburuk sejak 1939. Sistem kewangan negara Barat terjejas teruk serta hampir hilang keyakinan pengguna dan komuniti perniagaan.



“Bagaimanapun, berlainan dengan sistem kewangan negara Asia khususnya Malaysia. Bank Negara masih mengekalkan pencapaian terbaiknya dan ia dijangka menyalurkan lebih RM1 bilion dalam bentuk dividen kepada kerajaan, manakala bakinya dimasukkan ke dalam rizab am dan rizab lain,” katanya kepada Berita Harian.

Bank pusat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya bagi 2009 pada Mac ini selaras penyiaran buku laporan tahunannya.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Disember 2008, Bank Negara mencatat keuntungan bersih RM6.51 bilion, didorong pemerolehan pendapatan berjumlah RM8.158 bilion.

Daripada keseluruhan keuntungan bersih itu, sejumlah RM1.5 bilion dibayar kepada kerajaan, RM1.177 bilion dipindahkan kepada kumpulan rizab am dan RM3.832 bilion dipindahkan kepada rizab lain.

Pendapatan Bank Negara diraih antaranya menerusi hasil pengurusan rizab asing termasuk faedah dan dividen, pendapatan bukan perbendaharaan dan kos dasar monetari.

Sehingga 31 Disember 2009, dana rizab am Bank Negara kini mencecah RM11.977 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM10.799 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, dana dalam rizab lain yang merangkumi rizab turun naik kadar tukaran, rizab penilaian semula dan rizab luar jangka melonjak 89 peratus kepada RM30.662 bilion berbanding RM16.218 bilion dalam tempoh kajian.

Bank Negara tidak membayar dividen kepada kerajaan pada 1993 hingga 1997 ekoran kerugian tukaran asing pada 1992 serta tekanan krisis kewangan Asia 1997.

Pada 1992, bank pusat itu terpaksa menanggung kerugian AS$4 bilion ekoran langkah mempertahankan nilai pound British dan kerugian lagi AS$2.2 bilion pada 1993.

Bagaimanapun, selepas krisis kewangan 1997, Bank Negara memperkukuhkan pengurusannya serta kedudukan sistem kewangan negara.

Pelbagai langkah penyusunan sistem kewangan diperkenalkan termasuk kawalan modal secara berpilih pada 1998 sebelum melonggarkan secara berperingkat sehingga 2005, inisiatif penggabungan bank, pengenalan Danamodal, Danaharta dan sebagainya.

Susulan itu, bank pusat itu kembali membayar dividen kepada kerajaan pada kadar purata RM1.05 bilion setahun sejak 11 tahun lalu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers