January 25, 2010

Pasaran uji semula paras 1,300 mata

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Harga saham di Bursa Malaysia berkemungkinan menguji semula paras 1,300 mata minggu depan tetapi peningkatan kukuh mungkin terbatas oleh faktor-faktor luaran yang negatif dengan ketiadaan petunjuk baru dalam pasaran tempatan, kata seorang penganalisis.

"Lantunan teknikal dijangkakan tetapi mungkin tidak besar kerana bursa tempatan biasanya cenderung menjejaki pasaran serantau yang sedia lemah.

"Justeru itu, ia akan cuba bertahan di atas paras 1,300 dalam jajaran sempit 1,305 hingga 1,293 minggu depan, kata penganalisis dari firma broker saham tempatan itu.

Pasaran tempatan juga dijangka hambar bagi Januari dengan sedikit kemeriahan sebelum Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, menurut seorang peniaga, pembetulan pasaran dan momentum menurun memberikan peluang baik bagi pelabur membeli saham-saham yang mampu bertahan pada nilai yang lebih baik.

Dalam nota penyelidikannya pada Jumaat, TA Securities berkata, paras sokongan terdekat dalam aliran menurun bagi indeks tempatan ialah pada 1,300 mata tetapi sokongan lebih kukuh boleh dilihat pada paras 1,289 dan 1,281 mata, berikutan penurunan dalam pasaran-pasaran serantau.

Bagi minggu baru berakhir, pasaran meningkat melepasi 1,300 mata tetapi sukar bertahan pada paras itu kerana faktor-faktor luaran yang tidak memberangsangkan, melemahkan sentimen.

Dagangan terbatas dalam jajaran sempit pada Khamis disebabkan kebimbangan tentang langkah China mengetatkan dasar monetarinya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya sebanyak 10.7 peratus bagi suku keempat 2009, dan 8.7 peratus bagi setahun penuh.

Prestasi Wall Street pada hari Khamis merupakan yang terburuk dalam tempoh tiga bulan dan menjejaskan bukan sahaja bursa tempatan, malah pasaran-pasaran serantau pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, belian lewat di kaunter-kaunter terpilih pada Jumaat berupaya mendorong FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu ini pada 1,300.45, naik 1.87 mata daripada 1,298.58 sebelumnya.

Indeks Kewangan melonjak 85.44 mata kepada 11,415.49, Indeks Perladangan turun 75.32 mata kepada 6,439.72 dan Indeks Perusahaan 15.83 mata lebih rendah pada 2,700.9.

Indeks FBM Emas turun 21.56 mata kepada 8,750.0, Indeks FBM Top 100 susut 1.9 mata kepada 8,510.86 dan Indeks FBM ACE jatuh 93.73 mata kepada 4,495.21.

Jumlah dagangan mengecil kepada 5.927 bilion saham bernilai RM7.437 bilion, daripada 8.014 bilion saham bernilai RM9.018 bilion sebelumnya.

Dalam Pasaran Utama jumlah dagangan susut kepada 4.838 bilion unit bernilai RM7.188 bilion daripada 6.964 bilion unit bernilai RM8.733 bilion minggu lepas.

Waran opsyen belian susut menyaksikan penyusutan jumlah dagangan kepada 284.809 juta unit bernilai RM55.089 juta daripada 151.238 juta unit bernilai RM27.737 juta.

Pasaran ACE mencatatkan pengurangan jumlah dagangan kepada 748.839 juta unit bernilai RM165.66 juta daripada 781.886 juta unit bernilai RM213.769 juta minggu lepas.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers