January 27, 2010

Mier kekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 3.7 peratus tahun ini di sebalik kewujudan beberapa faktor negatif global dan tempatan yang boleh menjejaskan pemulihan.

Badan pemikir hal ehwal ekonomi berpengaruh itu turut menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak lima peratus tahun depan.

Pengarah Eksekutif Mier, Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata pemulihan dalam petunjuk ekonomi makro, sentimen pengguna dan perniagaan yang semakin pulih serta prestasi indeks dan ekonomi yang lebih baik menjadi pertimbangan utama institut itu dalam membuat unjuran itu.




“Risiko penurunan masih ada di sana-sini, tetapi ada beberapa pengaruh positif yang lebih kuat yang membawa kepada unjuran Mier itu,” katanya ketika membentangkan laporan tinjauan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Zakariah menjelaskan, antara faktor negatif yang mungkin boleh mengganggu proses pemulihan ekonomi Malaysia termasuk ketidakseimbangan global yang semakin melebar, kejatuhan berganda ekonomi Amerika Syarikat (AS), kelemahan ekonomi Jepun dan Eropah serta ancaman wabak H1N1.

“Pada peringkat tempatan pula, risiko penurunan ekonomi termasuk defisit fiskal yang semakin besar, kadar tukaran asing yang turun-naik dan tekanan inflasi,” katanya.

Beliau berkata, semua sektor ekonomi akan menunjukkan pertumbuhan positif tahun ini dan tahun depan dengan bidang perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Zakariah menambah, sektor pembinaan pula dijangka terus mencatatkan pertumbuhan positif, tetapi pada kadar sederhana sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga beberapa tahun akan datang.

“Sektor ini akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pakej rangsangan ekonomi dan pembangunan koridor ekonomi,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi pelbagai sektor ekonomi bagi 2009 pula, beliau berkata, berikutan krisis ekonomi global, semua sektor akan mengalami penurunan, kecuali pembinaan dan perkhidmatan yang diunjurkan berkembang masing-masing 1.9 peratus dan 2.0 peratus.

“Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan itu disumbangkan daripada kemunculan sektor perkhidmatan yang baru seperti ICT serta perbankan Islam,” katanya.

Zakariah berkata, Mier menjangkakan KDNK mengalami penguncupan 3.3 peratus bagi 2009, sama seperti unjuran institut itu sebelum ini.

“Mier menjangkakan ekonomi Malaysia yang menguncup pada tiga suku tahunan berturut-turut, akan keluar daripada kemelesetan pada suku keempat 2009. Ia disokong oleh perbelanjaan kerajaan ke atas projek prasarana, pemulihan sektor pembuatan, peningkatan perkhidmatan perdagangan dan perbelanjaan domestik yang lebih tinggi,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers