January 22, 2010

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

KUALA LUMPUR 21 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur berhati-hati susulan penurunan di Wall Street semalaman tetapi kenaikan dalam saham kewangan membantu meningkatkan indeks pasaran utama, kata para peniaga.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 1.74 mata kepada 1,308.36. Ia dibuka 3.03 mata lebih rendah kepada 1,303.59 daripada 1,306.62 semalam.FBM KLCI mencecah paras paling rendah dan tinggi harian masing-masing pada 1,302.82 dan 1,308.52.

Pasaran terikat dengan jajaran kecil yang ketat, kata seorang daripada peniaga.

Indeks Kewangan yang menongkah arus pasaran meningkat 29.87 mata kepada 11,481.14 di tengah-tengah kenaikan Maybank dan CIMB Group.Indeks Perusahaan turun 3.08 mata kepada 2,713.34 Indeks Perladangan susut 4.86 mata kepada 6,463.51.

Indeks FBM Emas jatuh 17.24 mata kepada 8,798.64, Indeks FBM Ace susut 85.48 mata kepada 4,535.66 manakala Indeks FBM70 berkurangan 61.68 mata kepada 8,590.07.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 571 berbanding 203 manakala 241 kaunter kekal tidak berubah dan 319 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.065 bilion saham bernilai RM1.378 bilion daripada 1.339 bilion saham bernilai RM1.806 bilion semalam.

Di kalangan saham cergas, Talam tidak berubah pada 11.5 sen, Axiata naik empat sen kepada RM3.47 dan Baswell Resources turun 10.5 sen kepada 65.5 sen.Syarikat-syarikat yang menongkah arus pasaran hari ini termasuklah Top Glove yang meningkat 32 sen kepada RM11.78, dan Bintai dan Proton yang menokok 20 sen setiap satu masing-masing kepada 60 sen dan RM4.33.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 849.253 juta saham bernilai RM1.326 bilion daripada 1.142 bilion saham bernilai RM1.762 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace turun kepada 93.204 juta saham bernilai RM21.785 juta daripada 115.315 juta saham bernilai RM24.015 semalam.Waran melonjak kepada 116.189 juta unit bernilai RM28.219 juta daripada 65.298 juta unit bernilai RM14.199 juta.

Barangan pengguna menyumbang 70.656 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 209.821 juta, pembinaan 57.127 juta, perdagangan dan perkhidmatan 255.782 juta, teknologi 55.277 juta, prasarana 10.485 juta, kewangan 59.182 juta, hotel 2.487 juta, harta 113.97 juta, perladangan 12.47 juta, perlombongan 3,000, REITs 1.858 juta dan dana tertutup 125,300.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers