January 28, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup lemah

KUALA LUMPUR 27 Jan - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung dalam saham-saham berwajaran tinggi utama, terutamanya pada kaunter-kaunter perbankan, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 17.25 mata kepada 1,265.77 selepas dibuka 1.49 mata lebih rendah pada 1,281.53 pada sesi pagi.

Seorang penganalisis berkata walaupun Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras rendah dua peratus, kenyataannya berhubung kemungkinan berlakunya kenaikan kadar tahun ini telah merangsangkan jualan dalam saham perbankan.

Pada penutup, Indeks Kewangan Bursa Malaysia merosot 179.16 mata kepada 11,059.85, Indeks Perindustrian susut 13.73 mata kepada 2,635.61 dan Indeks Perladangan lebih rendah 74.58 mata kepada 6,271.21.

Indeks FBM Emas turun 111.7 mata kepada 8,498.84, Indeks FBM Ace berkurangan 32.35 mata kepada 4,363.91 dan Indeks FBM70 pula 86.84 mata lebih rendah pada 8,276.56.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 618 berbalas 168 sementara 215 kaunter tidak berubah dan 318 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan merosot kepada 1.08 bilion saham bernilai RM1.82 bilion daripada 1.25 bilion saham bernilai RM1.65 bilion semalam.

Di kalangan saham aktif, Rhythm Consolidated naik tiga sen kepada 4.5 sen, Focus Dynamics lebih rendah satu sen kepada 13.5 sen dan Talam kekal pada 12 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi pula, Sime Darby merosot enam sen kepada RM8.73, Maybank susut tiga sen kepada RM6.82, CIMB lebih rendah 30 sen kepada RM12.76 dan Maxis kekal pada RM5.39.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 917.21 juta saham bernilai RM1.795 bilion daripada 1.08 bilion saham bernilai RM1.61 bilion semalam. Jumlah dagangan di Pasaran Ace meningkat kepada 106.463 juta saham bernilai RM18.02 juta daripada 81.989 juta saham bernilai RM16.167 juta sebelumnya.

Waran pula berkurangan kepada 49.5 juta unit bernilai RM10.09 juta daripada 61.14 juta unit bernilai RM11.674 juta semalam.

Produk pengguna menguasai 41.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 211.92 juta, pembinaan 57.55 juta, urus niaga dan perkhidmatan 322.83 juta, teknologi 40.65 juta, infrastruktur 19.87 juta, kewangan 89.91 juta, perhotelan 458,300, hartanah 98.15 juta, perladangan 31.27 juta, perlombongan 100,000, REIT 2.96 juta, dan dana tertutup 38,200.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers