January 21, 2010

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 20 Jan - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini dengan permintaan berterusan yang menggalakkan ke atas dolar AS, kata seorang peniaga.

Pada pukul 5 petang, unit tempatan disebut harga pada 3.3600/3650 berbanding dolar daripada penutup Selasa iaitu 3.3380/3430.

Peniaga mata wang dari RHB Bank, Nur Adeline Baharin berkata permintaan untuk mata wang AS meningkat seluruh dunia berikutan tercetusnya kebimbangan yang menyatakan bank-bank China akan memperlahankan pinjaman mereka.

Beliau berkata terdapatnya ura-ura baharu yang bank-bank telah diberitahu agar menangguhkan pinjaman sepanjang bulan Januari ini.

"Kami menyaksikan jualan berterusan ke atas mata wang tempatan. Para peniaga membeli semula dolar AS dan kami menjangkakan yang kesemua mata wang utama akan terus menyaksikan tekanan dalam tempoh terdekat," kata beliau.

Berbanding mata wang utama yang lain hari ini, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.4052/4110 daripada 2.4035/4095 pada Selasa.Ia turut berkurangan berbanding Yen Jepun kepada 3.6927/7006 daripada 3.6925/6984 sebelumnya.

Ringgit, bagaimanapun, menambah berbanding euro kepada 4.7709/7793 daripada 4.8047/8129 semalam dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4694/4796 daripada 5.4696/4792 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers