January 15, 2010

Ulasan Pasaran: Kaunter mewah lonjak pasaran

Sentimen teguh sejajar perkembangan positif di bursa serantau, global

HARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan lebih tinggi semalam, disokong oleh urus niaga cergas di kaunter mewah dan yang berharga lebih rendah.

Pada penutup, pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 5.2 mata atau 0.403 peratus kepada 1,294.71. Ia dibuka 0.99 mata lebih rendah pada 1,290.5 dan bergerak di antara 1,289.74 dan 1,294.94 sepanjang sesi dagangan.



"Saham meningkat sejak sesi pagi, disokong oleh minat belian yang kukuh hingga tamat dagangan, dengan sedikit pengambilan untung dalam dagangan lewat," kata peniaga.

Sentimen pasaran teguh, sejajar dengan perkembangan positif dalam pasaran serantau dan global.

OSK Research berkata, pasaran tempatan bergerak stabil dalam beberapa hari kebelakangan ini sejak FBM KLCI hampir berjaya melepasi paras 1,300. OSK Research menetapkan paras halangan terdekat pada 1,300, dan sokongan terdekat pada 1,288.

Khamis lalu, belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih mendorong peningkatan indeks pengukur pasaran kepada ketinggian baru dalam 20 bulan pada 1,299.70 dalam sesi pagi.

Indeks Kewangan meningkat 61.17 mata kepada 11,296.78 semalam, Indeks Perusahaan menambah 15.1 kepada 2,718.08 dan Indeks Perladangan mengukuh 5.79 mata kepada 6,509.47.

Indeks FBM Emas naik 56.49 mata kepada 8,761.9, Indeks FBM Top 100 menambah 44.43 mata kepada 8,493.97, Indeks FBM Ace mengukuh 82.71 mata kepada 4,621.99 dan Indeks FBM70 melonjak 85.909 mata kepada 8,619.89.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 575 berbanding 230 manakala 230 kaunter tidak berubah dan 268 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.755 bilion saham bernilai RM2.063 bilion berbanding 1.50 bilion saham bernilai RM1.714 bilion kelmarin.

Antara saham cergas, Integrated Rubber naik lima sen kepada RM1.61, Jaks Resources meningkat 11.5 sen kepada 86.5 sen, Leweko masih pada 33 sen, Land & General menokok sesen kepada 62 sen dan Talam-PB kekal pada 10.5 sen.

Saham dengan kenaikan terbesar, Nestle, naik 50 sen kepada RM33.80, Top Glove menokok 44 sen kepada RM11.74, Malaysian Pacific mengukuh 43 sen kepada RM7.01 dan Malaysia Airports menambah 41 sen kepada RM4.74.

Di kalangan saham mewah, Sime Darby menambah empat sen kepada RM9.00, Maybank meningkat dua sen kepada RM6.89, manakala CIMB, Maxis dan IOI Corp masing-masing kekal pada RM13.42, RM5.35 dan RM5.56.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 1.546 bilion saham bernilai RM2.005 bilion daripada 1.294 bilion saham bernilai RM1.650 bilion kelmarin.

Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 130.991 juta unit bernilai RM29.117 juta daripada 174.998 juta unit bernilai RM57.558 juta.

Waran meningkat kepada 33.125 juta unit bernilai RM5.755 daripada 23.754 juta unit bernilai RM4.491 juta.

Barangan pengguna menguasai 69.742 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 530.966 juta, pembinaan 126.346 juta, perdagangan dan perkhidmatan 380.611 juta, teknologi 72.823 juta, prasarana 12.705 juta, kewangan 80.558 juta, hotel 6.302 juta, harta 242.102 juta, perladangan 22.714 juta, perlombongan 150,000, REIT 1.33 juta dan dana tertutup 190,100. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers