January 18, 2010

Carta harian pamer pengukuhan

SAHAM mewah di Bursa Malaysia terus merekodkan keuntungan bagi minggu kedua tahun ini selepas melantun daripada kejatuhan pengambilan untung, manakala saham murah terus menjadi tumpuan, melonjakkan jumlah dagangan kepada paras ketinggian enam bulan baru.

Minggu lalu, indeks FBM KLCI menokok 5.6 mata, atau 0.43 peratus untuk ditutup pada 1,298.58, dengan kaunter perbankan Public Bank (+24 sen), AMMB (+15 sen) dan MISC (+33 sen) mewakili hampir kesemua kenaikan indeks.

Jumlah dagangan harian meningkat kepada 1.6 bilion saham bernilai RM1.8 bilion, tertinggi sejak pertengahan Jun 2009, berbanding 1.43 bilion saham bernilai RM1.59 bilion pada purata minggu sebelumnya.



Pemulihan ekonomi global menyebabkan penarafan semula gandaan nisbah harga-kepada-pendapatan (PER) kebanyakan saham syarikat bermodal kecil dan sederhana dalam sektor tertentu.

Berita pemulihan sektor teknologi juga mendorong kenaikan saham berkaitan minggu lalu.

Tarikan terhadap saham berkenaan digerakkan oleh angka jualan luar jangkaan daripada Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) dan unjuran jualan lebih baik daripada Intel.

Saham syarikat pengeluar sarung tangan getah menunjukkan aliran serupa.

Dunia berdepan kekurangan 3.5 bilion sarung tangan ketika ini dan permintaan dijangka berkembang 10 peratus kepada 160 bilion unit tahun ini.

Memandangkan keupayaan purata pengeluaran syarikat Malaysia, yang mengeksport 40 peratus bekalan dunia, tapi hanya lapan peratus tahun ini adalah faktor untuk pelabur terus memberi tumpuan terhadap saham syarikat berkenaan.

Tambahan lagi kebanyakan syarikat masih lagi diniagakan di bawah penilaian sebenar.

Top Glove (harga sasaran RM14 dan Supermax (harga sasaran RM8.20) masih lagi belian yang baik berikutan gandaan semasa PER sebanyak 10x dan 13x adalah di bawah penilaian tertinggi masing-masing pada 27x dan 16x.

Saham pembinaan berpangkalan di Sarawak menikmati rali kenaikan mendadak minggu lalu berikutan perjanjian usaha sama antara China dan Malaysia untuk mengendalikan projek di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Saham seperti Naim Cendera meningkat selepas memenangi kontrak bernilai RM209 juta bagi sistem transmisi, sungguhpun sumber menunjukkan margin bersih daripada projek berkenaan hanya sekitar lima peratus.

Lebih banyak perjanjian usaha sama dijangkakan minggu ini sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke India mulai esok hingga Sabtu.

Saham syarikat atau sektor yang mempunyai hubungan perniagaan kukuh dengan India berkemungkinan akan meningkat.

Antara syarikat dijangka menarik minat pelabur ialah IJM Corporation (projek infrastruktur), Scomi Engineering (monorail) dan Ranhill (air dan kumbahan).

Pun begitu, pelabur dinasihati supaya berhati-hati untuk tidak terlalu ghairah mengejar saham berkenaan kerana perjanjian usaha sama saja tidak memadai kerana terdapat pelbagai faktor lain perlu dipertimbangkan.

Antaranya ialah pembiayaan, daya maju projek disebabkan perubahan faktor makro, jangka waktu, margin keuntungan, skop kerja, rekod sebelum ini dan sebagainya.

Dari segi teknikal, stochastics harian perlahan memberikan isyarat jual sungguhpun di tengah-tengah bacaan terlebih beli pada mara RSI 14-hari dan 14-minggu untuk mencadangkan pengukuhan pengambilan untung minggu ini.

Bagaimanapun, isyarat beli baru pada stochastics mingguan dan penanda aliran positif bagi KLCI mencadangkan akan berlaku kenaikan ketara lanjut di pasaran pada minggu mendatang.

Selain itu, momentum belian kukuh berterusan pada pasaran meluas melebihi satu bilion saham sehari adalah ideal bagi mengekalkan kenaikan bagi jangka sederhana.

Selepas mencecah paras tertinggi baru hampir 20-bulan pada 1,300.89 Jumaat lalu, FBM KLCI dijangka menunjukkan sedikit kejatuhan pengambilan untung awal minggu ini, terutama dengan pembetulan pasaran saham AS, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, pelabur dinasihat mencari peluang membeli minggu ini. Sokongan lebih kukuh FBM KLCI dilihat pada 1,281 dan 1,275.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers