January 4, 2010

Bank terbesar dunia mula operasi di Malaysia Mac

ICBC dapat lesen November lalu, dibenar buka lapan cawangan

INDUSTRIAL and Commercial Bank of China (ICBC), bank komersial terbesar dunia yang diberi lesen bank perdagangan susulan persetujuan dua hala Malaysia-China pada November lalu, akan memulakan operasinya di Malaysia, Mac ini.

Sumber industri berkata, bank itu diberi keistimewaan sama seperti bank asing lain yang beroperasi di Malaysia termasuk membuka sehingga lapan cawangan di negara ini.



"ICBC akan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur, Mac ini. Ia kini adalah bank terbesar di dunia mengatasi peneraju sebelumnya iaitu Citigroup Inc.

"Buat masa ini, satu-satunya bank dari China yang beroperasi di Malaysia adalah Bank of China (M) Bhd dan kemasukan ICBC berpotensi merangsang perdagangan serta urus niaga merentasi sempadan antara Malaysia-China serta negara di rantau ini," katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.

Bank Negara Malaysia memberi lesen operasi di Malaysia kepada ICBC pada 20 November lalu, selepas ia mendapat kelulusan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China bagi tujuan berkenaan, sebelum itu.

Seorang penganalisis perbankan berkata, kemasukan bank itu juga, akan mewujudkan 'persaingan sihat' dalam industri kewangan tempatan, selain dijangka memperkukuhkan pasaran modal dan merancakkan perbankan Islam di rantau ini.

"China dan Malaysia adalah negara yang memiliki rizab yang besar. Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) menjadi destinasi pelaburan utama dunia, tetapi dengan pengukuhan integrasi kewangan di kalangan negara Asia, maka pelaburan itu dapat dialih ke negara serantau," jelas beliau.

Sementara itu, ICBC dalam kenyataan menerusi laman webnya, berkata Malaysia adalah pasaran penting untuk diterokai dalam menjayakan strategi globalisasi bank itu.

"Selepas penubuhan anak syarikat di Malaysia, kami akan berusaha untuk menyepadukan operasinya dengan pasaran kewangan tempatan dan memainkan peranan aktif dalam merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan dua hala," kata bank itu.

Katanya, langkah itu juga akan menyemarakkan pembangunan ekonomi Malaysia dengan memanfaatkan asas pelanggan Kumpulan ICBC yang besar, kekukuhan modal dan teknologi terkininya.

Malaysia adalah satu daripada rakan dagangan terpenting China dalam Asean. Pada 2008, dagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah AS$53.469 bilion, mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan antara China dan negara Asean.

Sementara itu, ICBC yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984, kini adalah bank terbesar di dunia dengan jumlah aset bernilai AS$1.6 trilion. Ia memiliki 18,000 cawangan termasuk 106 cawangan dan ejen di luar negara.

Pada Julai 2007, jumlah permodalan pasaran meningkat kepada AS$254 bilion, sekali gus menjadikannya bank paling bernilai di dunia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers