MINAT terhadap kegiatan memperkemaskan akaun hujung tahun ditunjukkan sesetengah pengurus dana tempatan berjaya menaikkan indeks pada hari terakhir dagangan bagi 2009, ditambah pula kenaikan di pasaran saham global.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) naik 8.84 mata atau 0.7 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,272.78 mata.
Pada asas perbandingan tahun-ke-tahun pula, keuntungan besar dua angka sebanyak 45.2 peratus agak lemah jika dibandingkan dengan sesetengah bursa saham Asean, yang menyaksikan kenaikan lebih tinggi atas jangkaan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar.
Kenaikan minggu lalu dijana oleh Public Bank (+32 sen), Maybank (+6 sen), IOI Corp (+6 sen), AMMB (+13 sen), Tenaga (+8 sen) dan KLK (+42 sen) mewakili hampir keseluruhan daripada kenaikan indeks.
Purata dagangan harian dan nilai dagangan meningkat sedikit kepada 555.9 juta saham bernilai RM744.6 juta, berbanding purata 429.4 juta saham bernilai RM678.3 juta minggu sebelumnya.
Langkah China menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya dan pengumuman Jepun bahawa ekonomi negara itu akan berkembang buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun pada tahun ini bermula 1 April ini yang diikuti dengan peningkatan 2.6 peratus keluaran perkilangan bagi November telah memberikan impak positif kepada pasaran saham Asia minggu lalu.
Pasaran saham tempatan turut menerima tempias apabila dana tempatan mencari peluang untuk meningkatkan indeks menjelang penutup dagangan di hujung tahun.
Harapan di kalangan pelabur juga tinggi untuk menyaksikan kenaikan indeks minggu ini tetapi petunjuk teknikal memberikan reaksi berbeza.
Tekanan pengambilan untung selepas kegiatan memperkemaskan akaun hujung tahun boleh mengehadkan kenaikan yang dipacu oleh faktor luaran dalam awal minggu ini setelah berakhirnya cuti panjang.
Berita dari luar dan prestasi bursa asing akan terus memberikan pengaruh ke atas bursa saham tempatan minggu ini.
China dijangka mempamerkan tinjauan yang baik bagi sektor pembuatannya apabila ia mengeluarkan Indeks Pengurus Pembelian bagi Disember pada Jumaat lalu.
Ia adalah sesuatu yang positif kepada syarikat Malaysia yang mempunyai pasaran yang besar di China, terutama pengeluar seperti Unisem dan MPI yang menyaksikan pertumbuhan permintaan yang besar bagi cip dari kalangan sektor telekomunikasi serta produk elektronik pengguna.
Pengumuman data tempahan produk elektronik bagi Amerika Syarikat (AS) untuk Disember dan November hari ini dan esok akan memberikan lebih petunjuk mengenai keadaan ekonomi global serta pengguna AS adalah sebahagian daripadanya.
Momentum teknikal dan petunjuk arah aliran FBM KLCI dijangka terus memberikan isyarat bercampur-campur.
Pilihan saham pula adalah pada saham perbankan seperti AMMB, CIMB, Maybank dan Public Bank yang dijangka menyaksikan kegiatan pengambilan untung minggu ini, terutama Public Bank.
Saham telekomunikasi, Axiata dan TM dijangka menarik lebih banyak pembelian dan bergerak ke arah RM3.
Sementara itu, saham minyak dan gas seperti Dialog, Kencana, SAAG, SapuraCrest dan Scomi Group dijangka meningkat berikutan tekanan pengambilan untung hujung tahun.
January 4, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com