KUALA LUMPUR 3 Jan - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka memasuki tahun baru dengan aliran positif minggu depan apabila para pelabur kembali ke pasaran ketika terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi dunia yang semakin baik, kata para peniaga.
Penutupan pasaran pada tiga hari Jumaat berturut-turut sejak 17 Disember tahun lalu kerana cuti umum, menghalang sejumlah pelabur membuat pegangan besar dalam cuti hujung minggu yang panjang. Bursa tempatan juga ditutup sempena Sambutan Tahun Baru semalam.
Pasaran saham pada minggu ini dijangka meningkat semula berikutan prospek tahun baru kekal positif sekiranya tahap pemulihan ekonomi dapat dipertahankan, kata seorang peniaga.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pertumbuhan pendapatan yang kukuh lebih 20 peratus adalah dijangkakan dalam syarikat-syarikat media, pembinaan, utiliti dan perkapalan.
Bagaimanapun, pertumbuhan pendapatan yang kukuh tidak semestinya bermakna cadangan pelaburan yang positif kerana ia bergantung kepada penilaian, katanya.
''Sektor korporat Malaysia mempunyai kebimbangan tentang penarikan balik pakej rangsangan pada tahun ini.
Kadar faedah akan kembali meningkat semula, sekali gus menjadi isu kewangan yang perlu ditangani oleh syarikat-syarikat,'' kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya.
MIDF meramalkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) akan bergerak ke paras 1,450 tahun ini.
Pada sepanjang minggu yang baru berakhir, urus niaga adalah sederhana dengan FBM KLCI bergerak dalam 1,264.83 hingga 1,275.22 mata.
Dalam perbandingan Khamis ke Khamis, FBM KLCI meningkat 12.25 mata kepada 1,272.78 daripada 1,260.53 minggu sebelumnya.
Indeks kewangan melonjak 172.90 mata kepada 11,053.40, Indeks Perladangan meningkat 82.82 mata kepada 6,362.91 manakala Indeks Perusahaan susut 2.26 mata kepada 2,654.51.
Indeks FBM Emas meningkat 114.13 mata kepada 8,507.61, Indeks FBM Top 100 bertambah 95.34 mata kepada 8,308.89, Indeks FBM70 naik 155.84 mata kepada 8,269.22 dan Indeks FBM Ace pula 81.06 mata lebih tinggi kepada 4,299.58.
Sejumlah 2.223 bilion saham bernilai RM2.978 bilion bertukar tangan dalam minggu ini berbanding 1.714 bilion saham bernilai RM2.713 billon diniagakan sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.905 bilion unit bernilai RM2.899 bilion daripada penutup Khamis lalu melibatkan 1.471 bilion saham bernilai RM2.656 bilion.
Jumlah dagangan waran panggilan melonjak kepada 104.154 juta unit bernilai RM18.766 milion daripada 46.024 juta unit bernilai RM6.693 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE bertambah baik kepada 146.994 juta saham bernilai RM39.569 juta daripada Khamis lalu berjumlah 140.415 juta saham bernilai RM35.003 juta
January 4, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com