January 8, 2010

Ulasan Pasaran: FBM KLCI susut 1.75 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan aktiviti pengambilan untung selepas harga meningkat tiga hari berturut-turut.

Ketika ditutup, petunjuk pasaran indeks komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) susut 1.75 mata atau 0.14 peratus kepada 1,291.42, selepas dibuka 0.52 mata lebih tinggi pada 1,293.69.

Belian dana berterusan saham berwajaran tinggi meningkatkan indeks petunjuk pasaran untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada paras 1,299.70 pada sesi pagi.



"Keuntungan sejak tiga hari lalu agak besar. Pasaran patut berhenti untuk aktiviti pengambilan untung terutama apabila FBM KLCI hampir mencecah paras psikologi 1,300 mata," kata seorang penganalisis.

Pasaran serantau utama juga diniagakan rendah, dengan Hang Seng turun 147.22 mata kepada 22,269.45, Nikkei-225 susut 0.46 peratus kepada 10,681.66 dan Kospi susut 1.28 peratus kepada 1,683.45.

Indeks Kewangan Bursa Malaysia turun 35.75 mata kepada 11,172.05 dan Indeks Perusahaan turun 0.48 mata kepada 2,691.87 namun Indeks Perladangan meningkat 72.13 mata kepada 6,554.54.

Indeks FBMEmas turun 11.03 mata kepada 8,686.32, Indeks FBMTop 100 susut 8.26 mata kepada 8,457.55 manakala FBMACE turun 40.07 mata kepada 4,444.55 namun Indeks FBM70 menokok 4.43 mata kepada 8,524.29.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 berbanding 325 manakala 230 kaunter tidak berubah dan 301 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.475 bilion saham bernilai RM1.900 bilion berbanding 1.656 bilion saham bernilai RM1.814 bilion semalam.

Peniaga berkata, saham perladangan adalah saham paling untung berikutan unjuran positif sektor terbabit.

KL Kepong meningkat 36 sen kepada RM17.20, Batu Kawan menokok 28 sen kepada RM10.86, PPB Group menambah 26 sen kepada RM16.56 dan IOI Corporation meningkat lima sen kepada RM5.59.

Antara saham aktif, ETI Tech Corporation dan Ramunia masing-masing menokok setengah sen kepada 41 sen dan 44 sen, manakala Integrated Rubber Corporation menambah empat sen kepada 89.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun satu sen kepada RM9.09, Maybank susut dua sen kepada RM6.88 dan CIMB Group turun 10 sen kepada RM13.14.

Tenaga adalah antara kaunter paling rugi dengan harga sahamnya merosot 15 sen kepada RM8.20 susulan spekulasi tarif syarikat utiliti negara itu mungkin disemak semula.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.193 bilion saham bernilai RM1.824 bilion berbanding 1.384 bilion saham bernilai RM1.766 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE bagaimanapun meningkat kepada 194.362 juta saham bernilai RM58.318 juta berbanding 145.461 juta saham bernilai RM24.943 juta sebelumnya.

Waran juga meningkat kepada 57.577 juta unit bernilai RM11.453 juta berbanding 52.149 juta unit bernilai RM9.868 juta kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 49.439 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 290.130 juta, pembinaan 70.099 juta, perdagangan dan perkhidmatan 311.818 juta, teknologi 84.523 juta, infrastruktur 14.059 juta, kewangan 132.146 juta, hotel 4.264 juta, hartanah 193.422 juta, perladangan 40.106 juta, perlombongan 23,000, REIT 2.936 juta dan dana tertutup 76,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers