Kerajaan laksana inisiatif tingkat permintaan tempatan
EKONOMI Malaysia dijangka mampu berkembang sehingga tujuh peratus tahun depan berdasarkan perkembangan positif ekonomi dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau juga yakin Malaysia mampu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus bagi tahun ini.
Katanya, walaupun Bank Dunia mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 4.7 peratus tahun ini, kerajaan telah menetapkan sasaran lebih tinggi.
“Untuk mencapai sasaran ini (lima peratus), kerajaan telah menjalankan kajian dan satu daripada inisiatifnya ialah meningkatkan permintaan tempatan bagi merancakkan ekonomi," katanya kepada media selepas merasmikan seminar ‘Jihad Bisnes Tanggungjawab Ummah’ anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Timbalan Presiden DPIM, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Kamaruzaman Ampon.
Ahmad Husni berkata, antara langkah yang akan diambil ialah mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.
"Projek dalam perancangan akan dipercepatkan pelaksanaannya. Kementerian juga akan cuba dan mempercepatkan proses tender bagi projek yang dikenal pasti.
"Kita percaya dengan meningkatnya tahap kecekapan, kita akan mencapai sasaran itu,” katanya.
Ahmad Husni juga berkata, kerajaan akan terus mengutamakan sektor tertentu, terutama pelancongan yang jelas tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi baru-baru ini.
Dalam hal ini, beliau berkata, pelancongan kesihatan akan memainkan peranan penting bagi mencapai keputusan yang diharapkan itu.
Tegasnya, ini adalah seiring dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan matlamatnya untuk menukarkan negara dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi pengilangan atau berprestasi tinggi.
"Malah, konsep 1Malaysia bukan saja mengenai menyatukan bangsa negara, ia juga mengenai bagaimana kita mahu menempatkan Malaysia sebagai negara penting di peta dunia,” katanya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan Ahmad Husni turut menyampaikan anugerah Tokoh Usahawan Lelaki DPIM Sabah kepada penternak, Ibrahim Mokhti dan Tokoh Usahawan Wanita DPIM Sabah kepada Pengurus Restoran Juwara, Kamsiah Dasi.
January 8, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com