January 7, 2010

Ringgit terus kukuh

KUALA LUMPUR 6 Jan - Ringgit terus mengukuh hari ini, ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Mereka berkata mata wang tempatan dibuka pada 3.3900/3940, dengan dagangan turun naik sepanjang hari.

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil sebelum ditutup pada 3.3810/3840 berbanding dolar, meningkat berbanding 3.3850/3900 pada penutup semalam.

Menurut peniaga, pasaran terus memberi tumpuan terhadap laporan pekerjaan AS yang baru dikeluarkan dengan peserta berusaha mengukur bagaimana mata wang akan memberi reaksi terhadapnya.

Pada penutup, ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan meningkat kepada 2.4183/4253 berbanding 2.4250/4294 semalam dan juga kukuh berbanding yen Jepun pada 3.6706/6759 berbanding 3.6817/6880 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4231/4286 berbanding 5.4289/4382 semalam serta euro pada 4.8494/8554 daripada 4.8785/8863 sebelumnya.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers