EKONOMI Modal pasaran saham lepasi paras RM1 trilion
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
KEMBALINYA pelabur runcit secara besar-besaran ke dalam pasaran melonjakkan semula nilai permodalan pasaran saham di Bursa Malaysia melepasi paras RM1 trilion.
Pada penutup kelmarin nilai permodalan pasaran keseluruhan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1.006.28 trilion, naik RM6.83 bilion atau 0.69 peratus berbanding penutup 31 Disember lalu iaitu RM999.45 bilion.
Nilai permodalan pasaran tertinggi dalam sejarah bagi Bursa Malaysia adalah RM1.1 trilion, yang direkodkan pada awal 2007 sebelum pasaran merudum akibat krisis kewangan dunia pada separuh kedua 2007.
Pada sesi tengah hari dagangan tengah hari semalam, nilai permodalan pasaran di Bursa Malaysia menokok kepada RM1.016 trilion sebelum ditutup pada RM1.012 trilion pada akhir dagangan.
Aktiviti dagangan di pasaran tempatan semalam kekal mantap menyaksikan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak 12.49 mata atau 0.98 peratus kepada 1,288.24 mata, penutup tertinggi sejak Julai lalu.
Antara penyumbang utama kenaikan adalah IOI Corp yang meningkat 13 sen atau 2.4 peratus kepada RM5.60, IJM naik 21 sen atau 4.6 peratus kepada RM4.80 dan Aeon naik 20 sen atau 4.0 peratus kepada RM5.20.
Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff ketika dihubungi menyifatkan kemasukan pelabur runcit secara besar-besaran selepas cuti tahun baru merancakkan aktiviti pasaran.
"Kami menyaksikan pelabur runcit kembali menyertai pasaran. Penyertaan pelabur runcit pada hari pertama dagangan bagi tahun ini Isnin lalu adalah 34 peratus.
"Peratusan itu adalah amat memberangsangkan berbanding sekitar 20 peratus tahun lalu," katanya.
Yusli berkata, beliau yakin pasaran ketika ini sedang meraih manfaat daripada prospek pertumbuhan ekonomi dan langkah perubahan dasar yang positif oleh kerajaan.
"Saya berharap dapat menyaksikan lebih banyak penyertaan pelabur di pasaran tempatan. Tahun ini, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha merangsang kecairan pasaran, meningkatkan kualiti, melakukan kepelbagaian serta meningkatkan lagi kecekapan bagi menjadikan pasaran saham negara lebih menarik bagi pelabur," katanya.
Sementara itu Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), Zainal Ariffin Osman, berkata selain pelabur runcit wujud pembelian berpilih-pilih pelabur asing di pasaran semalam, yang bertumpu pada kaunter berwajaran tinggi.
January 6, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com