KUALA LUMPUR 5 Jan. - Modal pasaran Bursa Malaysia hari ini kembali melepasi paras RM1 trilion selepas tempoh lebih dua tahun untuk mencapainya.
Bursa tempatan mula mencecah paras memberangsangkan itu pada dagangan awal hari ini dan ketika sesi rehat, ia telah berada pada paras RM1.01 trilion.
Mengulas prestasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, pencapaian tersebut merupakan petanda penyertaan pelabur yang menggalakkan dalam pasaran tempatan.
Menurutnya, modal pasaran tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah Bursa Malaysia ialah RM1.1 trilion yang direkodkan pada 2007 sebelum pasaran merosot akibat krisis kewangan dunia pada separuh kedua tahun tersebut.
''Saya menaruh harapan aktiviti pasaran ini menjadi petunjuk kepada pemulihan yang memberi manfaat kepada pasaran tempatan,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, di pihaknya pula, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha untuk meningkat kecairan pasaran, merangsang kualiti dan meningkatkan kepelbagaian dan kecekapan untuk memastikan pasaran tempatan mampu menarik pelabur asing.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazarry Rosli menyifatkan lonjakan jumlah dagangan yang berlaku dalam pasaran memang sudah dijangkakan sejak awal lagi dan ia semakin menarik semalam.
Malah, katanya, pada hari ini sahaja pasaran saham telah mencatatkan urus niaga tertinggi sebanyak RM1.9 bilion berbanding sekitar RM500 juta hingga RM800 juta sebelum ini.
''Awal 2010 telah menjadi pembuka yang baik kepada pasaran dan percaya ia mampu bertahan dalam jangka panjang,'' katanya.
Nazarry percaya, pasaran tempatan akan terus stabil sekiranya tiada berlaku gangguan dalam proses pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat, yang masih kekal menjadi penanda aras pasaran global.
Jelasnya, meskipun China didakwa bakal menjadi ekonomi terbesar dunia, namun pada hakikatnya Amerika Syarikat masih menjadi pengguna utama dunia.
Ketua Penyelidik MIDF Research, Zulkifli Hamzah menyifatkan prestasi saham yang begitu memberangsangkan pada awal tahun merupakan sesuatu yang luar biasa tetapi 'asli'.
Menurutnya, pada kebiasaannya, pasaran agak lembap pada awal tahun tetapi ia berubah pada 2010 dengan pasaran berada dalam keadaan sesak.
''Kelembapan ekonomi global telah mengakibatkan para pelabur keluar pada 2008 dan 2009 pula kebanyakan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat.
''Tahun ini, kita memang dapat melihat pelabur kembali agresif dan aktif dalam urus niaga dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif,'' katanya.
Zulkifli berkata, pasaran kini dikuasai oleh pelabur runcit manakala para pelabur asing yang sebelum ini hanya menunggu masa telah mula memasuki pasaran secara senyap-senyap.
Penganalisis MIMB Investment Bank, Nazri Khan meramalkan pasaran saham tempatan dijangka mencecah paras 1,300 mata dan sekiranya berjaya lepasi, ia akan terus meningkat sehingga ke paras 1,350 mata.
Menurutnya, prestasi pasaran saham itu disumbangkan oleh sentimen positif oleh China, Amerika Syarikat (AS) dan India dan ia dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kekukuhan nilai mata wang AS pada masa ini bakal mencetuskan kebimbangan bakal berlakunya pembetulan pada pasaran saham tempatan selepas Tahun Baru Cina.
''Sekiranya selepas Tahun Baru Cina pasaran kekal positif ini bermakna ia akan berkekalan untuk satu tempoh yang lama.
''Selain itu, pasaran turut mengharapkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia tidak akan mengambil langkah salah dengan menarik pakej rangsangan lebih awal kerana ia akan akan menjejaskan sentimen pasaran yang berada dalam aliran menaik," jelasnya
January 6, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com