Prestasi disokong prospek pemulihan ekonomi tempatan dan global
INDEKS Komposit FSTE Bursa Malaysia (FBM KLCI) diunjur mampu melonjak melepasi paras 1,400 mata tahun ini, disokong prospek pemulihan ekonomi tempatan dan global, sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan serta pelaburan.
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata pihaknya mengunjur penanda aras pasaran tempatan mampu melonjak mencecah 1,433 mata, dipacu oleh peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4.5 peratus bagi 2010 dan 6.0 peratus pada 2011.
Turut dijangka mendorong peningkatan, katanya, adalah pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar dalam negara serta pengukuhan nilai ringgit kepada RM3.35 berbanding dolar AS pada 2010 dan RM3.29 pada 2011.
Beliau berkata, faktor positif lain adalah peningkatan harga komoditi seperti minyak mentah dan sawit serta manfaat diraih daripada pemulihan ekonomi negara rakan dagang.
"2010 adalah tahun yang menceriakan pasaran khususnya pada separuh pertama. Antara faktor pencetus kenaikan pasaran adalah aliran berita positif, kesan tradisi 'lonjakan Januari' dan rali Tahun Baru Cina.
"Selain itu, semakan semula tarif elektrik pada bulan ini dan Jun depan, jangkaan pengumuman lebih banyak dasar dan liberalisasi baru serta pengumuman program reformasi subsidi bahan api lebih jelas pada Mei ini, turut dijangka membantu merangsang pasaran," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Pada peringkat global, Dass berkata, Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka, tentunya akan mendapat manfaat pemulihan persekitaran ekonomi dan perdagangan global.
Katanya, ekonomi Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang mencatat penguncupan tahun lalu, masing-masing diunjur berkembang pada kadar 2.0, 1.0 dan 1.2 peratus.
Dalam pada itu, ekonomi utama Asia seperti China, India dan Indonesia akan terus meraih peningkatan KDNK yang tinggi masing-masing pada kadar 9.5, 7.9 dan 6.0 peratus, katanya.
Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB), Andrew Lee, berkata pasaran tempatan ketika ini mempunyai ruang untuk meningkat sehingga 1,410 mata, berdasarkan prospek pertumbuhan pendapatan syarikat sebanyak 14.9 peratus.
"Antara sektor dijangka meraih manfaat daripada pemulihan ekonomi domestik dan global adalah hartanah, pembinaan, utiliti, bank terpilih, barangan pengguna serta minyak dan gas," katanya.
Penganalisis HwangDBS Vickers Research, Goh Yin Foo, berkata tahun ini terdapat peluang menyaksikan kemasukan semula pelabur asing ke pasaran tempatan.
Katanya, pelabur asing yang ketinggalan menyertai pemulihan pasaran menjelang akhir tahun lalu, dijangka kembali membeli saham tempatan terpilih.
"Jumlah pemilikan saham oleh pelabur asing di pasaran tempatan seperti pada September lalu sebanyak 21 peratus, paras terendah dalam tempoh lima tahun. Kemasukan pelabur asing boleh menjadi pencetus terhadap aktiviti pasaran yang lebih rancak," katanya.
Sementara itu, Bursa Malaysia membuka tirai dagangan 2010 semalam dengan sentimen positif yang menyaksikan FBM KLCI berada di paras kukuh.
Penanda aras utama itu menokok 2.97 mata atau 0.23 peratus untuk mengakhiri dagangan semalam pada 1,275.75 mata.
Ia yang dibuka pada 1,272.31 mata iaitu 0.47 mata atau 0.04 peratus lebih rendah daripada penutup 31 Disember 2009, namun terus melonjak untuk ditutup pada 1,275.75 mata yang juga adalah paras tertinggi harian.
Kenaikan semalam itu juga dicatat di sebalik penurunan beberapa bursa utama Asia, antaranya Bursa Saham Singapura yang menyaksikan Indeks Straits Times susut 3.07 mata atau 0.11 peratus kepada 2,894.55 mata, manakala Bursa Saham Hong Kong merosot 49.22 mata atau 0.23 peratus kepada 21,823.28 mata.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com