January 5, 2010

DP World buat pembayaran keuntungan sukuk, bon

DP World, anak syarikat kepada Dubai World, syarikat pegangan milik Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dibelenggu masalah hutang, berkata ia telah membuat pembayaran sepatutnya bagi terbitan sukuk dan bonnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Syarikat pengendali pelabuhan, salah satu yang terbesar di dunia itu, dan disenaraikan di Nasdaq Dubai, berkata ia mengagihkan keuntungan untuk tempoh 180 hari ke atas terbitan sukuk bernilai AS$1.5 bilion (RM5.25 bilion) yang matang pada 2017.

Dalam satu kenyataan kepada bursa saham di Dubai, semalam, DP World berkata, kadar keuntungan itu adalah 6.25 peratus dengan pembayaran berjumlah AS$46.9 juta (RM164.15 juta).



DP World, yang tidak termasuk dalam pelan penyusunan semula hutang syarikat induknya, juga berkata, ia telah menyelesaikan pembayaran kupon berjumlah AS$59.9 juta (RM209.65 juta) untuk tempoh berakhir 31 Disember 2009 ke atas terbitan bon bernilai AS$1.75 bilion (RM6.125 bilion) yang akan matang pada 2037.

Dubai mengejutkan pasaran global pada 25 November tahun lalu apabila Dubai World memohon pembekuan hutang berjumlah berbilion dolar kepada unit hartanahnya, Limitless and Nakheel, pemaju projek hartanah di atas pulau timbus guna berbentuk pohon kurma.

Dubai World dijangka mengemukakan permohonan rasmi kepada pemiutang pada bulan ini, sementara menunggu rancangan penyusunan semula hutangnya.

Konglomerat itu yakin mencatat keuntungan, dan berkata penyusunan semula hutangnya tidak merangkumi firma yang mempunyai kewangan kukuh seperti DP World, Istithmar World dan Zon Pelabuhan Bebas Jebel Ali.

Kenyataan DP World dikeluarkan serentak dengan pelancaran bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai, dilihat sebagai usaha negara itu menaikkan semula sentimen pelabur yang merosot berikutan pengumuman Dubai world dibelenggu hutang.

Oktober lalu, DP World melaporkan kejatuhan jumlah pengendalian kontena di pelabuhannya sebanyak enam peratus pada suku tahunan ketiga dan berkata keputusan kewangan bagi 2009 selari jangkaan pasaran.

Pengendali pelabuhan itu turut menyatakan ia mempunyai pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM10.5 bilion) yang akan matang pada Oktober 2012. -

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers